20/08/13

Filled Under: , ,

Pembunuh Upahan Terbunuh

Pembunuh Upahan Terbunuh


Setelah beberapa bulan kita asyik mendengar dan membaca berita ngeri kes tembakan di negara kita. Semalam pihak polis berjaya menembak mati 5 pembunuh upahan. Diharap dapatlah meredakan dan menghapuskan ketakutan rakyat jelata sekalian. Menurut berita petikan Harian Metro. Dan dari ekoran in jugalah timbulnya isu geng mereka mahu membalas dendam terhadap pihak polis.

Georgetown: Polis mengesahkan lima lelaki yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri mewah di Sungai Nibong di sini, semalam, adalah pembunuh upahan yang terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penjenayah berusia antara 21 hingga 31 tahun itu juga dikenal pasti ahli kumpulan kongsi gelap dan mereka bertindak mengikut arahan ketua untuk membunuh sasaran yang ditentukan.