Apa yang tersembunyi di bawah kota New York, Amerika Syarikat. Mari kita korek rahsia di bawah perut bumi New York. Terletak di kawasan lower Manhattan financial district, New York. Sebuah gedung dibina di antara jalan Nassau dan jalan Hayden. Namum bangunan ini dikawal rapi, siap ada anggota keselamatan bersenjata mengawal tempat ini. Disinilah terletaknya New York Federal Reserve Bank.
Dibawah bagunan ini, dengan kedalaman 15m dari permukaan tanah. Tersimpannya EMAS, yang merupakan simapanan hampir seluruh negara di dunia. Orang awam dibenarkan melawat tempat ini, tetapi dengan syarat yang ketat dan sudah booking dalam 1-3 bulan sebelum lawatan.
Sekitar tahun 1950-1980, sebahagian cadangan emas Amerika Syarikat dipindahkan atau dijual kembali kepada beberapa negara Eropah. Dan jumlah yang ada sekarang ini dianggarkan sekitar 12000 ton, milik Amerika. Dan kira-kira 8000 ton adalah milik kerajaan pemerintah Amerika.
Menurut Pengurus Kewangan di Wall Street, kira-kira 3000 ton lagi jokong emas adlah milik dari 30 negara atau organisasi antarabangsa seperti European Central Bank, Bank Of England. Mereka membeli emas dari Amerika, tetapi emas itu tidak pernah dibawa keluar dari kota New York dan disimpan di sini.