Bukan main ganas lagi gangster Malaysia sekarang yer. Siap nak balas dendam kepada polis pulak. Dah korang buat kerja jahat tu sapa suruh. Sesuka hati je main tembak-tembak. Kalau main mercun okey lagi, ini tembak mati orang wooo...ini ada sedutan artikel berkenaan Gangster nak balas dendam.
Bukan sengaja nak menyebar berita membuat rakyat panik atau apa cumaa sekadar nak memperingatkan anggota-anggota keselamatan kita dengan apa yang telah dipostkan oleh rakan blogger lain agar berhati-hati ketika menjalankan tugas.
Berikut Whatsap yang admin terima, yg dikatakan sudah beredar dikalangan anggota.
Maklumat Kumpulan 04 akan mengambil tindakan balas keatas 5 orang ahli mereka yang terbunuh. Perancangan awal untuk menyerang pegawai / anggota polis yang bersendirian dan terpencil. Sila ambil langkahan keselamatan terutama semasa dalam perjalanan pergi balik kerja dan diluar waktu kerja. Elakkan menggunakan laluan yang sama dalam perjalanan.
Ingat sentiasa tengok cermin pandang belakang semasa memandu. Jika boleh elakkan berhenti di trafik light.Kepada semua warga polis sila ambil tindan segera arahan KP.....
Kepada Semua Ketua Jabatan, KPD, KPB, Pegawai Kanan dan anggota pangkat rendah ... Sila ketatkan kawalan keselamatan di IPK, IPD, BP, PP, tempat2 penugasan dijalankan dan kediaman serta tingkatkan langkah2 keselamatan terutama semasa dalam perjalanan pergi balik kerja dan diluar waktu kerja ... ambil perhatian serius ...
Mana2 peg/anggota yg letakkan sticker Polis pada cermin kereta, minta tanggalkan sticker tersebut bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tindakbalas dari ahli ahli keluarga @ geng berkenaan. Mungkin tak disedari isteri kita akan ...menjadi mangsa disebabkan kealpaan kita. - anak seberang.