23/08/13

Filled Under: , , ,

HOAX : Berita Kematian Abdel Fattah Al Sisi Palsu

Bila ada berita hangat dan penting. Ada sahaja orang yang mahu mengambil kesempatan dengan menyiarkan berita-berita palsu. Tak tahu apakah tujuan mereka ini, adakah untuk mengejar trafik? Dan apa lagi orang yang kononnya selalu up to date akan share berita-berita ini ke laman sosial. Maka tersebarlah berita palsu ini tanpa ada kajian dan selidikan yang betul-betul. 

Kali ini kisah kematian Abdel Fatah Al-Sisi Jeneral tentera Mesir yang menggulingkan Mursi pula dipalsukan. Namum ternayat semua berita ini hanya palsu, HOAX semata-mata.

Berita Kematian Abdel Fattah Al Sisi Palsu

Hoax ini dipercayai berasal dari laman website ini. The Egyptian Gazette.

Berita Kematian Abdel Fattah Al Sisi Palsu


Ini pula etikan berita HOAX ini dari Freemalaysiatoday.com
PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini.
Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana.
Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi.
Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012.
Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu yang menyaksikan Morsi tersingkir berikutan
protes terhadap kerajaan pimpinannya yang hanya bertahan selama setahun.
Al Sisi kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama, di samping mengekalkan jawatan Menteri Pertahanan. (TMI)