Roda Ferris ini pernah masuk ke Malaysia beberapa tahun yang lepas yang diberi nama Eye On Malaysia, selepas berada di Kuala Lumpur kemudian ia dipindahkan ke Melaka. Sekarang tak tahu apa cerita dah dengan Eye On Malaysia nie, senyap je.
Orang pertama mencipta Roda Ferris adalah George Washington Gale Ferris Jr. Berasal dari Illinois, Amerika Syarikat. Seorang jurutera awam, pakar dalam membina jambatan untuk landasan keretapi.
Roda Ferris pertama kali dibina didunia pada tahun 1893 di Amerika. Tujuan asalnay adalah untuk mengatasi maslah kejuruteraan dalam pembinaan Menara Eiffil.
Pada tahun 1893, World’s Columbian Exposition telah diadakan di Chicago. Pihak penganjur mahu membina sebuah struktur ikonik yang dapat menyaingi Menara Eiffel yang dibina sempena Paris International Exposition pada tahun 1889.
George Washington Gale Ferris Jr mencadangkan bahawa sebuah roda berputar gergasi dibina bagi membenarkan pengunjung melihat keseluruhan ekspo tersebut dari udara.
Akhirnya, rekaan George Washington ini telah berjaya menewaskan rekaan pihak Perancis dengan membina sebuah keluli roda besar yang boleh berputar dengan tempat duduk mewah.
Idea tersebut telah berjaya mendapat perhatian dari seluruh dunia dan yang pertama memberi respon adalah Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.
Sejarah Ferris Wheel
Roda Ferris yang asal mempunyai 36 kabin yang mampu menepatkan 60 orang pada satu-satu masa. Setiap putaran mengambil masa 10 minit. Ketinggiannya pula ialah 80.4 meter.Gandar roda gergasi ini sepanjang 45 kaki dan seberat 71 tan. Bagi menggerakkan roda dua enjin stim dengan 1000 kuasa kuda digunakan. Ketika ekspo ini berlangsung sebanyak 38,000 orang menaiki Roda Ferris ini setiap hari dan dikenakan bayaran 50 sen seorang. Selepas expo berakhir roda Ferris ini beroperasi sehingga April, 1894 sebelum ianya ditanggalkan dan disimpan.Pada tahun 1895 ianya dibangunkan semula dan beroperasi sehingga 1903.
Ianya kemudian dipindahkan ke St Louis untuk World’s Fair 1904. Seterusnya, Roda Ferris ini dimusnahkan dengan menggunakan dinamit pada tahun 1906. Sepanjang hayatnya roda Ferris pertama dunia ini dikatakan membawa sebanyak 2.5 juta orang penumpang.
Roda Ferris menjadi tumpuan orang ramai untuk mencubanya
Perbandingan Ferris Wheel Tahun 1893 dan 1995
Selepas berakhirnya World’s Columbian Exposition, beliau terpaksa menyaman penganjur ekspo ini kerana enggan berkongsi keuntungan USD 750 000 hasil kutipan roda ciptaan beliau. Namun, George Washington Gale Ferris Junior meninggal dunia pada tahun 1896 kerana demam kepialu pada usia 37 tahun.
Begitulah sejarah Roda Ferris zaman dahulu. Sebuah roda yang dicipta untuk menandingi Eiffel Tower dan kini menjadi tarikan fun fair seluruh dunia.
Ferris Wheel Masakini
Kini, banyak negara-negara seperti Singapura, China, London dan New York turut membina Roda Ferris dan bersaing untuk menjadi yang paling terbesar dan tertinggi di negara masing-masing. Roda Ferris ini lebih canggih berbanding ciptaan ratusan tahun dahulu. Ciri-ciri keselamatannya juga menjadi lebih baik.
Berikut adalah beberapa jenis Roda Ferris yang popular di seluruh dunia. Sangat cantik reka bentuknya dan menjadi ikon negara-negara tersebut.
Ferris Wheel, China
Ferris Wheel di Singapore
London Eye