Hari ini saya ingin berkongsi tip bagaimana caranya untuk mengelakkan daripada terkena saman akibat speed trap:
1. Awasi Kelajuan Kenderaan Anda.
- Caranya mudah sahaja, apabila kita melalui sesuatu kawasan biasa akan ada papan tanda yang menyatakan Had Laju untuk jalan dikawasan tersebut. Jadi pandulah kereta anda mengikut had laju yang telah ditetapkan.
2. Kenalpasti Kawasan Speed Trap.
- Lakukan sedikit homework dimana kawasan yang ada speed trap. Anda boleh google cari tempat-tempat yang sememangnya sudah dipasang speed trap jadi jika ada melalui kawasan tersebut pastikan anda mematuhi had laju yang ditetapkan.
3. Beli radar atau GPS untuk mengesan Speed Trap.
- Kini dunia serba canggih bermacam alat sudah dicipta. Jadi bukan camera speed trap sahaja yang canggih, malah ada juga alat atau radar yang digunakan untuk mengesan kawasan speed trap ini. Anda cuma perlukan modal untuk menbeli Radar atau GPS bagi memudahkan anda untuk mengesan kawasan yang ada speed trap.