20/10/12

Filled Under: , , , , ,

Ular Sawa Terbesar Di Malaysia



KUBANG PASU - Seluruh masyarakat daerah Kubang Pasu, termasuk orang ramai di luar daerah berpeluang melihat seekor ular sawa yang boleh dikatakan antara yang terbesar di negara ini, yang diletakkan di rumah inap desa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Kampung Pulau Pisang.

Pengerusi inap desa berkenaan, Norhizan Abd Ghani, berkata, ular itu diberi nama Gaban yang memiliki berat mencecah 130 kilogram berusia 11 tahun dan hanya terdapat di rumah inap desa itu sahaja.

Menurutnya, ular berkenaan diperolehi di Muzium Perlis yang mana ukurannya pada waktu itu hanya sebesar ibu jari tangan.

“Pernah raja ular Malaysia sendiri melihat ular peliharaan saya itu dan dia akui bahawa ukurannya memang besar.

“Memandangkan saya yang menguruskan inap desa ini, memelihara haiwan itu juga memerlukan lesen dan pemakanannya perlu dijaga supaya kekal cergas,” katanya.

Norhizan berkata, selain haiwan itu, pihaknya turut memelihara burung dan mewujudkan sebuah kolam yang dipenuhi ikan talapia untuk kaki pancing.

“Usaha itu adalah sebagai daya tarikan terhadap pengunjung yang hadir bagi menjalankan pelbagai aktiviti mengikut kehendak mereka.

“Berkonsepkan suasana kampung, pengunjung juga dapat merasai sendiri suasana itu dan dengan pelbagai kemudahan disediakan bagi menjamin kepuasan mereka,” katanya lagi



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...rbesar-1.96237