Ketika syarikat elektronik gergasi Apple dan Samsung bersaing untuk mendominasi pasaran dengan melancarkan produk yang kompetitif sehingga perlu bertarung sengit dalam hal paten, syarikat elektronik Jepun pula sebaliknya perlu berjuang untuk bertahan dalam pasaran elektronik yang kompetitif dan sengit.
Syarikat gergasi seperti Sony, Panasonic dan Sharp pernah suatu ketika dahulu menjadi 'pemimpin' industri elektronik dan mengalahkan para pesaingnya dari AS, akan tetapi sekarang mereka harus beradaptasi, melakukan penjimatan dan terus berinovasi.
Keadaan ini menjadi bertambah buruk dengan ekonomi Jepun yang sedang bergelut, syarikat elektronik Jepun semakin jatuh dan mereka tidak dapat meraih perhatian di pasaran komputer tablet dan smartphone.
Harga saham mereka semakin jatuh dan berada dalam kedudukan terendah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini dan terpaksa memberhentikan sebahagian pekerjanya.
Baru-baru ini Sharp dilaporkan telah memberhentikan satu perlima daripada pekerjanya.
Keadaan ini membuatkan syarikat elektronik Jepun beralih untuk mengembangkan sesuatu yang lain seperti panel suria dan peralatan perubatan.
Penganalisa berpendapat syarikat elektronik Jepun telah melakukan strategi yang salah dan gagal berinovasi mengikut trend semasa.
Mereka membuat produk-produk seperti televisyen dan komputer akan tetapi tidak mengembangkan perangti sambungan yang dapat menghubungkan (sinkronisasi)antara satu sama lain.
Akibatnya, produk mereka tidak dapat beroperasi secara 'integrated' seperti iPhone yang dapat berhubung dengan laptop dan kedai muzik digital.
Sharp, Sony dan Panasonic telah membuat produk televisyen terbaik di dunia, akan tetapi pesaing dari Korea seperti LG dan Samsung telah melakukan inovasi dan penambahbaikan teknologi yang jauh lebih ketara dan dengan harga yang lebih murah.
Syarikat-syarikat Jepun juga kalah dalam pasaran smartphone kepada Apple dan Samsung yang ketika ini telah mendominasi pasaran.
Jika dahulu, Sony memegang 'tampuk' sebagai 'pemimpin industri elektronik dunia' selama lebih dua dekad, namun sejak akhir 2004 lalu, takhta itu telah diambil alih olehSamsung.
Samsung juga pada 2009 telah menjadi syarikat teknologi terbesar di dunia mengalahkan Hewlett Packet (HP) dan kini merupakan vendor smartphone terbesar di dunia menewaskan Nokia pada awal 2012.
Dalam empat tahun terakhir Sony tidak dapat mencatatkan keuntungan, Panasonic juga mencatatkan kerugian selama empat tahun berturut-turut.
Berdasarkan data dari Bloomberg, jika digabungkan nilai 3 syarikat gergasi Jepun iaitu Sharp, Sony dan Panasonic bernilai 32 billion dolar AS, hal ini membuat mereka hanya bernilai satu perlima daripada nilai Samsung dan satu per dua puluh dari nilai Apple di bursa saham!
Nota : Hal yang sama berlaku dalam industri automotif kini dimana, syarikat Korea Kia dan Hyundai kini dilihat jauh 'lebih agresif' berbanding pesaing dari Jepun, Toyota, Honda, Mitsubishi dan sebagainya.
It's just a matter of time the Koreans will top the Japanese.
Sumber : Washington Post & BillyInfo