15/10/12

Filled Under: , ,

Bahaya Barangan Plastik



Barangan yang diperbuat daripada plastik lebih menjadi pilihan suri rumah sekarang. Selain murah, barangan plastik lebih tahan lama dan mudah untuk di kendali berbanding dengan yang lain. Ianya di katakan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur terutamanya untuk kanak kanak.

Ini merupakan kod yang dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization). Mungkin anda pernah terlihat simbol ini yang secara umumnya berada di dasar barangan plastik. Tapi tahu tak apa makna setiap simbol dan kod ni? Setiap simbol dan kod yang tertera memberi maksud tersendiri seperti berikut:

1. PET atau Polyethylene Terephthalate



Biasanya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera simbol tiga segi ni dengan angka 1 di tengahnya serta tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent seperti botol air mineral dan hampir semua botol minuman lain. Botol Jenis PET/PETE ini dicadangkan “hanya untuk sekali pakai”.

KENAPA?

Bila kerap sangat dipakai, terutamanya bila digunakan untuk menyimpan air panas akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser dan ada kes seorang perempuan menghidap kanser payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini berada dalam sel kanser tersebut


2. HDPE atau High Density Polyethylene



HDPE biasanya dipakai untuk botol yang berwarna (bukan jernih), tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini.

HDPE memiliki sifat yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama juga seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.


3. V atau Polyvinyl Chloride



Plastik ini biasanya digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik berbahan PVC. Tindak balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dibungkus sangat berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun pisang.


4. LDPE atau Low Density Polyethylene



LDPE, iaitu plastik coklat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang bersifat agak lembik. Plastik LDPE adalah kuat, tembus cahaya dan fleksibel dan pada suhu di bawah 60 darjah celsius ianya sangat tahan terhadap tindak balas kimia, perlindungan terhadap wap air tetapi kurang baik bagi tindak balas gas-gas yang lain seperti oksigen. Barangan dari bahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk dijadikan pembungkus makanan atau pinggan kerana sukar bertindak balas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini.


5. PP atau Polypropylene



Polypropylene adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan paling penting botol susu bayi. Polypropylene lebih kuat dan ringan serta mempunyai kadar tindak balas wap yang rendah,mempunyai ketahanan yang baik terhadap lemak, dan stabil terhadap suhu tinggi.

Apabila membeli barangan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman, carilah dengan kod angka 5.


6. PS atau Polystyrene



Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan sebagai bahan tempat menyimpan makanan (styrofoam), cawan pakai buang dan lain-lain.

Barangan daripada Polystyrene harus di elakkan, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak, ianya mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf.

Bahan itu juga sukar terurai. Polystyrene memerlukan proses yang sangat panjang dan lama untuk diuraikan.


7. OTHER



OTHER merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon). OTHER digunakan pada tempat menyimpan makanan dan minuman seperti botol air sukan, alat-alat rumah tangga, komputer dan alat-alat elektronik.

Polycarbonate (PC) digunakan dalam botol susu bayi dan botol minum. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun.

Bisphenol-A boleh berpindah masuk ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan.

SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan.

Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, termos, piring,penapis kopi, dan sikat, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa. SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan.

Melihat bahaya yang terkandung dalam plastik, sudah smpai masa kita harus bertindak bijak dalam penggunaan plastik, terutamanya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya polycarbonate) kerana kod tersebut memiliki bahan kimia yang merbahaya dan jika kita masih hendak menggunakan barangan plastik, gunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate).