20/10/12

Filled Under: , , ,

Etika Makan, Tatahias dan Hemah Diri dalam Menghadiri Majlis Rasmi

Tatahias dan Hemah Diri dalam Menghadiri Majlis Rasmi

Maksud Tatahias / Hemah Diri

- Satu aspek pengurusan diri yang mementingkan tentang kekemasan, Kesempurnaan dan kesesuaian pakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi di majlis
- Aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri iaitu dari segi perilaku yang baik dan perwatakan yang menyenangkan
Kepentingan Tatahias

Menjaga Imej

Imej Organisasi
Imej Peribadi

Anda hendaklah sentiasa peka tentang hiasan diri kerana ia merupakan mesej pertama yang dipamerkan apabila bertemu dengan orang lain. Dengan berpakian yang sesuai dan serba kemas keselesaan pertemuan dapat diwujudkan dan tanggapan negatif dapat diatasi
Kepentingan Hemah Diri
Hemah diri adalah : Pakian Rohani dan Jasmani seseorang individu yang dinyatakan melalui tingkah laku dan gerak-geri
Layanan
Layanan mesra dan bersopan adalah amalan yang terpuji yang dituntutkan apabila kita bertemu dan berkenalan dengan seseorang seperti :

• Memberi salam petemuan dan perpisahan
• Bertutur dengan jelas
• Tertib dan berbudi bahasa
• Pamerkan imej yang baik dan disenangi

Kesihatan / Kebersihan dan Kekemasan

Aspek ini amat penting keranan ia menggambarkan sejauhmana seseorang itu memberi keutamaan kepada dirinya :
Bahagian kepala dan muka
• Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
• Make up secara sederhana
• Gigi musti bersih
• Pernafasan tidak berbau

Bahagian badan dan tangan
• Badan tidak berbau
• Baju bergosok
• Baju tidak tercarik dan tidak kotor
• Kuku jari tidak kelihatan panjang

Bahagian punggung dan kaki
• Seluar / kain mesti bergosok
• Jangan memakai stokin berwarna terang dan berbunga
• Kasut jangan kelihatan kelabu
• Tumit kasut hendaklah diperbaiki sekiranya sudah terhakis

Tips Tatahias untuk Wanita
• Tahu memilih pakaian dari segi warna / fesyen
• Pandai menyesuaikan pakaian dan fesyen dengan bentuk tubuh badan masing-masing
• Wanita berbadan gemuk / besar sesuai memakai pakaian yang berwarna gelap / hitam. Tidak sesuai memakai pakaian yang berbunga besar atau terang
• Wanita yang berbadan kecil boleh memakai baju yang berwarna lembut cerah
• Pakaian hendaklah tidak melebihi daripada empat warna pada satu masa
• Memakai tudung tida menghalang untuk bergaya
• Selendang biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi dan formal
• Pakaian tidak perlu mahal asalkan pandai memilih dan menggayakannya
• 5 elemen untuk menambah keterampilan dan keceriaan : Gaya, Warna, Jenis Kain, reka Bentuk, VTO (Place, Time, Occasion)

Kekemasan Diri Wanita
• Elakkan memakai pakaian berkilat / berkilau di siang hari
• Jangan kelihatan seperti perhiasan pokok krimas
• Corak fabrik tidak lebih dari empat warna
• Penggunaan alat solek tidak keterlaluan
• Hindarkan memakai anting-anting labuh, rantai tangan yang berloceng
• jangan memakai skirt yang singkat. Skirt labuh dibenarkan (paras lutut)
• Jauhi daripada memakai baju yang ropol ( frills) atau berbunga besar
• Pastikan anda harmonis dalam berpakaian
• Elakkn daripada memakai selipar / sandal
• Solekan muka hendaklah kelihatan natural
• Perhiasan hendaklah yang minima dan tidak menjolok mata
• Jangan memakai jam dan gelang tangan di tangan yang sama

Kesesuaian Pakaian Lelaki
• Kurang sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher
• Sematkan semua butang baju jika tidak bertali leher (kecuali butang kolar)
• Jangan lipat bahagian lengan kemeja lengan panjang
• Bahagian hujung tali leher mestilah sampai ke bahagian kepala tali pinggang
• Sesuaikan warna tali leher dengan baju
• Tali leher berjalur sesuai dengan baju tanpa corak
• Jangan memakai pakaian berjalur keseluruhan
• Kasut hendaklah sentiasa bersih dan berkilat
• Stokin putih tidak sesuai dalam majlis
• Gunakan ''cologne'' dan deodoran yang lembut
• Jika bergaul dengan orang ramai sapukan ''cologne'' di kedua belah bahu
• Seluar dan busjaket hendaklah sama warna dan bahan dipakai pada siang hari sahaja

Kesopanan oleh tetamu amatlah penting dalam sesuatu majlis. Kesempurnaan sesuatu majlis adalah juga bergantung kepada ketertiban dan kerjasam tetamu
Tanggungjawab apabila menerima kad jemputan

• Baca segera
• Teliti jemputan
• Teliti tarikh, hari dan masa
• Teliti tempat majlis diadakan
• Teliti pakaian yang dikehendaki
• Buat keputusan segera
• Jawab dengan kad jawapan jika ada

Persiapan bagi menghadiri majlis
• Tempat majlis hendaklah diketahui
• Kenderaan dalam keadaan sempurna

Ketibaan di tempat majlis
• Pelekat diletakkan di tempat sewajarnya
• Arahan pihak lalu lintas hendakla dipatuhi
• Masa ketibaan mengikut masa yang ditetapkan
• Kad jemputan dibawa jika dikehendaki
• Penyanbut tetamu : patuhi arahannya

Dalam majlis perasmian
• Sambutan oleh penyambut tetamu : elakkan bertengkar jika tak puas hati
• Mencari tempat duduk : bertanggungjawab jika ada masalah
• Meneliti program jika ada
• Berbual dengan sopan
• Berminat dengan majlis yang dihadiri
• Keluar masuk : elakkann kecuali dalam keadaan perlu sahaja

Majlis Jamuan• Minum sebelum makan : tidak gelojoh
• Mengambil tempat duduk : pastikan tempat duduk yang betul
• Menggunakan peralatan dengan betul
• Berbual dengan sopan dan tajuk yang dibenarkan
• Makan sup dengan tidak berbunyi
• Berjenaka berpatutan
• Tidak dibenarkan merokok
• Elakkan mencungkil dan menggaru
• Meninggalkan majlis apabila selesai majlis
• Majlis selesai : elakkan berebut-rebut, tunggu orang kenamaan dahulu
• Barang kenangan : jangan diambil

Majlis Tamat
• Tetamu utama meniggalkan majlis
• Cara berdiri : menghadap tetamu utama
• Barang kenangan : elakkan daripada mengambilnya
• Kesopanan meninggalkan majlis : mengikut giliran

Kecacatan majlis disebabkan oleh tetamu
• Tidak memberi jawapan kehadiran
• Memberi jawapan lewat
• Menjawab hadir tetapi tidak hadir
• Menjawab tidak hadir tetapi hadir
• Menjawab hadir bersama isteri tetapi hadir seorang
• Menjawab hadir tanpa isteri tetapi hadir bersama isteri
• Tetamu hadir membawa jemputan yang tidak dijemput
• Hadir lewat dari masa yang ditetapkan
• Hadir dengan pakaian yang tidak sesuai

Tertib di meja makan
Peraturan dan tatasusila di meja makan amat perlu diketahui umum bagi menjaga imej seseorang. Terdapat tetamu dalam sesuatu majlis yang bersifat bersopan santun tetapi tidak faham akan peraturan menggunakan perlatan makan dengan betul. Terdapat juga
tetamu yang melihat di antara satu sama lain bagi memulakan sesuatu hidangan kerana kurang pasti mana satu peralatan yang hendak diambil. Akhirnya masing-masing menunggu orang lain untuk memulakan kerana bimbang tersalah ambil.Jika orang yang memulakan tersalah ambil atau tersalah cara, tetamu lain yang mengikuti akan turut tersilap ambil. Ini akan menjadikan semua tetamu akan makan dengan cara yang tidak sesuai.

Minum sebelum makanMinum sebelum makan diedarkan oleh pelayan semasa tetamu berlegar di ruang legar. Minuman ini merupakan hidangan kepada tetamu sebelum majlis jamuan makan dimulakan. Biasanya minuman yang dihidangkan ialah jus atau minuman ringan lain. Elakkan daripada mengambil lebih daripada dua kali. Jangan meminta minuman kegemaran atau minuman lain yang tidak dihidangkan.

Cara keluar masuk
Masuk dan juga keluar di meja makan adalah melalui sebelah kanan kerusi tempat duduk.

Napkin
Setelah duduk ambil napkin dan letakkan di atas paha. Cara meletakkan napkin ialah dengan memegang bucu napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit

Berbual
Apabila berbual hendaklah dengan mereka yang berhampiran sahaja. Jika di meja bulat, perbualan terhad kepada mereka yang duduk semeja sahaja

Hidangan
Mengikut amalan, makanan akan dihidangkan dari sebelah kiri dan mengambil semula pinggan oleh pelayan juga dari sebelah kiri.
Minuman (air sejuk) akan dihidangkan dan ditambah melalui sebelah kanan. Beri laluan kepada pelayan semasa hidangan dihidangkan dan mengambil perkakas keluar. Sentiasa berikan ucapan terima kasih kepada pelayan yang memberi hidangan.

Kedudukan peralatan
Sudu dan pisau terletak di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Pisau kecil untuk mentega diltekkan di atas piring sebelah kiri. Gelas minuman terletak di sebelah kanan.

Cara menggunakan peralatan
Cara menggunakan perlatan yang disediakan ialah daripada luar ke arah dalam susunan yang.

Makanan pembuka selera
Makanan pembuka selera biasanya dalam bentuk cocktail prawn beserta dengan sos tertentu. Cara makan ialah dengan garpu dipegang di sebelah kanan dan suap ke mulut dengan menghala bahagian tajamnya ke bawah. Garpu kecil yang digunakan untuk makanan ini hendaklah diletakkan di atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang apabila selesai makan.

Sup
Gunakan sudu di sebelah kanan yang berbentuk bulat. Cara menyenduk sup adalah dengan menghalakan sudu ke arah luar daripada badan. Jika lada dan garam diperlukan tetapi jauh, minta bantuan daripada tetamu yang boleh mencapainya. Selesai makan sup, letakkan sudu di dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang. Makan roti adalah dengan cara mencubit. Jangan disapu mentega seperti burger.

Hidangan ikan
Jika hidangan ikan disediakan sebelum hidangan utama, limau yang disediakan bersama hidangan hendaklah diperah dengan memegang bucu limau dan menikam bahagian tengah limau itu dengan garpu dan dipusingkan garpu perlahan-lahan. Perkakas yang digunakan untuk hidangan ini ialah pisau dan garpu, dengan itu pisau dipegang di sebelah kanan manakala garpu pula di sebelah kiri. Setelah selesai makan, pisau dan garpu disusun rapat dengan mata pisau menghala ke dalam dan garpu dalam keadaan terlentang.

Sorbet
Selepas hidangan iakn, sorbet dihidangkan. Sorbet merupakan sejenis aiskrim dan bukannya dessert. Sorbetb dihidangkan bagi menghilangkan rasa ikan yang dimakan sebelum menikmati makanan lain.

Hidangan utama (steak)
Apabila makan hidangan utama, seperti steak, bahagian utama hidangan diletakkan paling hampir pada tetamu dan hidangan biasanya disertakan dengan hidangan lain. Pisau dipegang di tangan kanan dan garpu di sebelah kiri. Hidangan utama hendaklah dipotong kecil (chewable portion) dan suap ke mulut satu persatu.

Dessert
Dessert dihidangkan setelah selesai makan utama. Dessert adalah seperti aiskrim, pusing dan seumpamanya. Gunakan sudu kecil atau garpu yang berkenaan.

Kopi
Kopi dihidangkan selepas semua hidangan selesai dinikmati. Kopi hendaklah dikacau perlahan-lahan. Sekiranya memerlukan susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula pula.

Merokok
Elakkan diri daripada merokok

Berjenaka
Jangan berjenaka semasa makan

Meninggalkan tempat duduk
Apabila hendak meninggalkan meja makan hendaklah keluar antara dua hidangan dan hendaklah hidangan tersebut telah dinikmati, kecuali dalam keadaan kecemasan

Cara keluar
Keluar dari meja makan adalah dengan menolak kerusi ke belakang perlahan dan keluar dari sebelah kanan, tolak semula kerusi ke tempat asalnya

Mencungkil gigi
Mencungkil gigi adalah dianggap kurang sopan walaupun dengan cara menutup

Sumber : upak.saravak.gov.my


Tidak banyak yang mengetahui atau menitik beratkan adab makan di meja makan semasa majlis rasmi. Perlakuan ketika makan melambangkan taraf dan hubungan sosial dan perangai sebenar seseorang individu.


Individu yang mempunyai adab yang baik di meja makan lazimnya dilabel sebagai seorang yang dibesarkan dengan penuh tatasusila dan dihormati. Seseorang yang nampak gelojoh, tidak sabar dan tidak mempedulikan orang lain dianggap sebagai seorang yang tiada didikan dan kurang ajar.

Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang, tangan

Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya.

Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam.

Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja.

Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini semata-mata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri.

Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecilbeberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahan-lahan. Jangan gelojoh.





Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk.


sebelum makan bolehlah bismilllah & baca doa makan dahulu dan disudahi dengan alhamdulillah.

Kenali jenis-jenis makanan yang boleh dimakan menggunakan utensil yang sesuai atau dengan tangan :

1. Sup - harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan.




2. Salad - gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa.




3. Ikan - gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging.




4. Daging - gunakan garpu utama yang disediakan.





5. Pencuci mulut - sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan.





6. Asparagus - asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad.




7. Bacon ayam & daging - apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong.


8. Roti - roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya.





9. Biskut - biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buah-buahan atau tuna di atasnya.





10. Jagung - sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya.






11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger - makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlis-majlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.



12. Sandwich - sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan.



13. Buah-buahan kecil bertangkai – kadang2 pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.