1. Pepijat dikatakan berasal daripada Timur Tengah di dalam gua yang didiami oleh manusia atau kelawar.
2. Pepijat mula diperkatakan pada zaman Yunani Purba pada 400 tahun sebelum masehi dan kemudiannya Aristotle mula menyentuh mengenainya.
3. Pada tahun 77 masehi di Rom, terdapat dakwaan bahawa pepijat mempunyai unsur merawat terhadap beberapa masalah seperti bisa gigitan ular dan juga masalah jangkitan telinga dan kepercayaan terhadap kuasa merawat itu berlanjutan sehingga ke abad yang ke-18.
4. Pada abad ke-18, seorang ahli botani dan juga doktor dari Perancis, Guettard (1715-1786) mendakwa bahawa pepijat boleh digunakan untuk merawat serangan Histeria.
5. Pepijat mula diperkatakan di Jerman pada abad ke-11, di Perancis pada abad ke-13 dan di England pada tahun 1583.
6. Di England, sebelum tahun 1670 ia merupakan satu kes yang amat jarang. Pepijat dikatakan merebak di England selepas kayu-kayu yang banyak dibawa masuk untuk membina semula kota London yang terbakar teruk yang memusnahkan 70,000 bangunan pada tahun 1966.
7. Cara tradisional mencegah serangan pepijat pada masa dahulu adalah dengan menggunakan tumbuhan seperti lada hitam, tembakau dan juga cannabis.
8. Pada abad ke-19, teknik membakar bahan compos daripada tumbuhan seperti rumput dan daun pokok untuk menghasilkan asap digunakan bagi menghalau dan membunuh pepijat.
9. Pada masa perang dunia kedua, pepijat mula menjadi masalah yang amat serius melanda Eropah.
10. Pada tahun 1940-an, dengan terciptanya racun serangga yang kuat
terutamanya DDT, masalah pepijat hampir lupus sama sekali di Eropah. (Racun DDT telah diharamkan dalam industri perladangan di seluruh dunia pada tahun 1972 kerana terlalu merbahaya.)
11. Sejak akhir-akhir ini masalah pepijat mula melanda kembali dengan teruk di Amerika dan juga di negara-negara Barat.
12. Ini mungkin disebabkan oleh kekerapan pelancong keluar dan masuk di seluruh dunia dan juga faktor pengharaman berbagai racun serangga yang kuat tetapi amat merbahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.