24/10/12

Filled Under: , , , ,

Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau

Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau

Bahawa limau atau oren mengandungi banyak vitamin C, semua orang tahu. Memakan limau dan membuang kulitnya, rasanya semua orang pun melakukannya.Tahukah anda, kulit limau pun boleh mengatasi pelbagai masalah pada tubuh. Banyak sebenarnya Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau ini. Jom baca.


Masalah Suhu Tubuh

Mengatasi Kedinginan.
  • Rebus beberapa kulit limau dan halia segar di dalam air untuk lebih kurang 15 hingga 20minit, tambahkan gula merah, dan minumlah seperti teh.

Mencegah Frostbite
  • Bakarlah beberapa kulit oren dan giling sampai menjadi serbuk, campurkan dengan minyak sayur dan sapukan ke daerah yang bengkak kerana cuaca dingin tersebut.

Masalah Mulut

Menghilangkan bau mulut.
  • Mengunyah sepotong kecil kulit limau yang segar dapat menghilangkan bau mulut. Saat ini di beberapa kedai sudah dijual penganan berbahan baku kulit limau.
Mengubati sakit geraham.
  • Bubuhlah sepotong kecil kulit limau yang segar ke dalam mulut selama 10 minit sebelum tidur.
Merawat dan mengubati gigi yang sensitif.
  • Bubuhlah kulit ke dalam gelas dan tambahkan air mendidih, tutup gelasnya selama 5 hingga 10 minit kemudian minumlah.

Masalah Saluran Pernafasan

Mengubati batuk.
  • Taruhlah 5 gram kulit limau kering kedalam 2 gelas air dan rebus selama 10 hingga 15minit kemudian tambahkan beberapa halia dan gula merah. Minumlah selagi hangat.
Mengubati bronchitis kronik.
  • Taruhlah 5 hingga 15 gram kulit limau kedalam sebuah gelas, tambahkan air yang mendidih untuk membuat segelas ”teh kulit limau”. Minumlah sekerap mungkin ..
Mencegah sesak nafas.
  • Tambahkan air panas ke dalam gelas yang berisi kulit limau segar, tutuplah selama 10minit dan tambahkan gula sebelum kamu meminumnya. Cara ini boleh menghentikan rasa sesak di dada dan radang tenggorokan.

Masalah Pencernaan

Mengubati sembelit
  • Rebus 12 gram kulit limau segar atau 6 gram kulit limau kering dengan air untuk 10 hingga 15 minit. Minumlah 2 kali sehari untuk mencegah sembelit (susah buang air besar).
Mengembalikan nafsu makan yang kurang.
  • Yang satu ini patut dicuba. Ambillah kulit limau yang segar dan jemurlah sampai kering.Campurkan kulit buah itu dengan daun teh. Ramuan ”teh kulit limau” ini berguna untukmengembalikan nafsu makan kamu yang hilang.


Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau

Masalah Kecantikan

Kulit jeruk mampu menyerap minyak berlebihan dari kulit sehingga mengurangkan wajah akibat minyak yang berlebihan. Selain itu, ternyata kulit limau juga boleh mengangkat sel-sel kulit mati dan kering dari permukaan wajah sehingga membuat wajah lebih bersih dan cerah.

  • Caranya dengan menggunakan masker kulit limau yang boleh dibuat sendiri. Kupas kulit limau, biarkan hingga kering dan keras. Setelah mengeras, pengisar kulit limauhingga hancur kemudian campurkan dengan susu secukupnya (nisbah 50:50) hingga menjadi pasta.

  • Bersihkan wajah dengan air, keringkan, kemudian barulah aplikasikan masker kulit limau tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit hingga kering. Bilas wajah dengan air, namun pastikan tidak menggosok wajah terlalu keras kerana ini boleh merosakkan kulit.

Mengubati mastitis.
  • Mastitis iaitu rasa bengkak pada payudara saat pengeluaran susu ibu berlebih. Rasa sakit ini boleh diatasi dengan merebus 30 gram kulit limau yang segar dan 6 gramlicorice (akar manis) dengan air. Minumlah dua kali sehari.
Mengubati alergi.
  • Kulit limau boleh juga digunakan untuk menghilangkan gejala alergi setelah memakan ikan dan ketam. Rebuslah beberapa potong kulit limau segar dengan air dan minumlah.

Mengubati hangover.
  • Hangover adalah perasaan sakit kepala pada waktu bangun pagi setelah terlalu banyak minum minuman keras. Mengatasianya dengan cara merebus 30 gram kulit limau segar dengan air untuk 15 hingga 20 minit, tambahkan sedikit garam dan minumlah.
Mencegah mabuk perjalanan.
  • Satu jam sebelum naik kereta, ambilah secuil kulit limau yang segar terus dekatkan kehidung dan hiruplah aroma limau di kulitnya. Selama dalam perjalanan, teruslahmenghirup kulit limau itu untuk mencegah mabuk perjalanan