Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, berkata ganjaran istimewa yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat itu memang layak diberi kepada pemain dan pegawai atas keringat dan kegigihan mereka melakar kegemilangan.
Kami akan umumkan satu insentif istimewa yang boleh mengejutkan dunia bola sepak tanah air sekiranya pemain dan pegawai berjaya mencipta sejarah baru bola sepak Kelantan dengan memenangi kejuaraan trebel buat kali pertama.
Malah, pemain dan pegawai sudah menikmati durian runtuh apabila KAFA melunaskan baki ganjaran sebanyak RM125,000 selepas layak ke final dengan menewaskan Selangor, Jumaat lalu, katanya kepada pemberita di Bukti Marak, Ketereh, Kelantan, semalam.
Sebelum ini, KAFA berjanji memberikan insentif RM200,000 merangkumi dua agihan iaitu yang pertama sejumlah RM75,000 selepas berjaya menewaskan FELDA United di suku akhir dan baki RM125,000 diberikan selepas menewaskan Selangor di separuh akhir Jumaat lalu.
Skuad Kelantan turut menerima durian runtuh RM500,000