Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

10/04/13

, , , ,

Akibat Putihkan Gigi Tanpa Petunjuk Doktor


Perawatan bleaching merupakan cara untuk mendapatkan warna gigi menjadi lebih putih dan cerah. Dengan warna gigi yang putih dan bersih, akan sangat membantu memantapkan lagi penampilan seseorang. Gigi putih yang cemerlang juga membuat anda menjadi lebih yakin diri.

Metode bleaching ini memang boleh membuat gigi putih hanya dalam waktu yang singkat. Tetapi putihnya gigi dengan perawatan tersebut ternyata juga memiliki risiko tersendiri.

Menurut Guru Besar Fakulti Kedokteran Gigi Universiti Indonesia Prof. drg. Heriandi S. SpKGA., PhD., menekankan bleaching gigi ini tidak boleh dilakukan sembarangan. Sebelum melakukan pemutihan gigi, harus dipastikan gigi dan gusi Anda dalam keadaan sihat. Gigi pun tidak boleh dalam keadaan berlubang, ada sisa-sisa akar gigi, ada karang gigi, dan tidak boleh pula ada peradangan pada gigi.

"Kalau pemakaiannya salah, ada rasa ngilu di gigi. Ada juga yang sakit karena di daerah gusinya teriritasi. Kalau sudah begini ditanganin dengan pemberian obat-obatan, seperti anti ngilu. Biasanya disapukan ke daerah yang ngilu. Ada juga ubat minum tapi kalau sudah terlalu sakit," jelas Prof. drg. Heriandi S. SpKGA., PhD, saat ditemui Wolipop di Fakulti Kedokteran Gigi Universiti Indonesia, Salemba, Jakarta.

Oleh kerana itu, dokter gigi yang sehari-hari berpraktek di Rumah Sakit Pondok Indah ini menyarankan agar dilakukan aplikasi fluor pasca perawatan bleaching untuk mengurangi rasa ngilu. Penggunaan bleaching gigi juga harus berdasarkan petunjuk dokter dan tidak menggunakan produk yang dijual di pasaran.

"Kalau di pasaran kerana kan banyak efek sampingnya, jadi biasanya di pasaran nggak terlalu kuat. Sebaiknya ada petunjuk dokter. Kerana segala sesuatunya harus sesuai dengan aturan," paparnya.

Perawatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh orang berusia 16 tahun ke atas saja. Sebab, pada usia tersebut gigi dianggap sudah mulai matang dan tumbuh secara sempurna.


25/10/12

, ,

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari



Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan membunyikan sendi-sendi jemari apabila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher.

Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana.

Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.




Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jari juga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya.

Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.




Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar.

Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun.

Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam.

Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat.

Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.




Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar.

Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula.

Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.




Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang.

Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun.

Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka.

Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.




Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.

24/10/12

, , ,

Khasiat Lobak Merah

Selama ini mungkin kita hanya mengetahui bahawa lobak merah baik untuk mengubati masalah rabun jauh.

Namun, khasiat yang terkandung dalam lobak merah sebenarnya mempunyai banyak lagi kegunaan untuk membantu mengubati pelbagai jenis penyakit lain.

Lobak tidak semestinya dimasukkan dalam makanan, ia juga amat popular dibuat sebagai jus lobak susu yang sering menjadi pilihan di restoran.

Jom ketahui apakah khasiat lobak merah ini.



Batu Karang

Ambil 7 batang lobak merah, cuci hingga bersih dan parut. Kemudian tambah 100 ml air dan rebus selama kira-kira 15 minit. Setelah itu tapis airnya dan perah jus dari lobak merah tersebut. Amalkan minum air jus tersebut sekali sehari.


Ekzema

Ambil sebatang lobak merah, cuci bersih dan parut. Kemudian campur dengan 1 sudu teh kapur sirih dan tampalkan pada tempat yang diserang ekzema dan kemudian balut dengan kain bersih.


Hipertensi

Sediakan 500 gram lobak merah, cuci dan hiris atau potong kepada beberapa bahagian kecil. Setelah itu masukkan dalam ‘blender’ dan tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Tapis dan minum airnya 3 kali sehari.


Kekejangan Jantung

Sediakan 3 batang lobak merah, cuci dan parut. Tambahkan 2 gelas air masak dan perah airnya. Tambahkan airnya dengan 2 sudu besar madu dan gula pasir, adun hingga rata dan minum airnya sekali sehari.


Sakit Ketika Datang Haid

Sediakan 250 gram lobak merah, cuci bersih dan potong. Tambahkan sedikit air masak dan kisar hingga halus. Minum jusnya 2 kali sehari.


Lobak merah sejenis sayur yang sangat mudah didapati.

Lagipun rasanya yang tidak pahit sering juga menjadi pilihan kanak-kanak sama ada dimakan begitu sahaja, atau dibuat jus.

Jika membuat sayuran campur beserta lobak merah, elakkan dimasak terlalu lama bagi mengelakkan zat dalam sayur tersebut hilang.
, , ,

Lazat ! Kalori Dalam Hidangan McD

Tidak dinafikan orang Malaysia suka makan, lepak dan dating di McD. Di Malaysia ia tergolong di antara restoran makanan segera yang mendapat tempat di hati setiap pelosok rakyat tidak mengira umur, bangsa dan agama, setanding KFC.



Meskipun kedua-dua restoran ini berasal dari negara Uncle.Sam (US), ironinya kedua-dua restoran makanan segera ini tidaklah sepopular seperti cawangan mereka di Malaysia. McD di US seringkali dianggap sebagai “outlet makanan kelas bawahan” dengan golongan sasaran adalah golongan ‘pak hitam’, ‘chicanos’, pengemis, dan mereka yang kurang berduit. Ini kerana menu-menu di McD adalah antara yang termurah (antaranya “Dollar Menu”) jika hendak dibandingkan dengan beratus-ratus lagi makanan segera yang ada di sana (bukan semua restoran-restoran tersebut ada di Malaysia). Boleh beritahu saya berapa banyak ‘scene makan’ cerita Hollywood yang bertempat di McD atau KFC?

Kita tinggalkan dahulu kisah McD di US, berbalik pada senarionya di Malaysia yang terbalik. Ketika membeli sehidangan makanan di McD, anda akan dibekalkan dengan dulang plastik berwarna coklat gelap yang beralaskan sekeping kertas bercetak di atasnya. Tahukah anda apakah kertas yang dimaksudkan? Saya pasti tak semua penggemar makanan McD tahu akan hal itu. Untuk pengetahuan anda, kertas tersebut adalah kertas iklan menu terpilih yang ada di restoran tersebut bersama lampiran senarai kalori dan maklumat nutrisi makanan-makanan yang dijual di sana.

Antara lampiran yang sempat diselamatkan ketika lawatan terakhir ke McD beberapa minggu yang lalu – info yang ada dalam entri ini saya petik dari kertas ini



Dalam tinjauan saya beberapa minggu yang lalu, saya perhatikan tidak ramai yang ambil endah akan maklumat yang ada pada kertas tersebut. Ini mendorong saya untuk melampirkan beberapa hidangan McD terpilih dalam entri ini untuk dijadikan rujukan kepada pembaca saya yang budiman. Mengapa saya perlu berbuat begini? Ini kerana saya mendapati jumlah kalori dalam sehidangan McD secara puratanya adalah 1000kcal atau lebih. Ya, anda tidak salah mendengar, 1000kcal, iaitu bersamaan dengan separuh kuota kalori harian seorang lelaki, atau 2/3 kuota kalori wanita bertubuh Asia sederhana seperti Lisa Surihani.

Sedangkan rasa kenyang yang dirasai selepas menikmati sehidangan McD adalah lebih kurang sama dengan kenyangnya mengambil sepinggan nasi bersama lauk (500kcal-600kcal), malah ada yang mendakwa sehidangan McD masih tidak mengenyangkan! Andaikata ia diambil 2 kali sehari (tengahari dan malam), bukankah jumlah kalori yang diambil telah mencecah 2000kcal? Itu belum termasuk hidangan sarapan, snek2 dan minuman-minuman manis yang anda ambil, semua itu apabila dijumlahkan sudah pasti mencecah 3000kcal – pada ketika ini, naik berat badan adalah perkara yang pasti melainkan keperluan kalori harian anda lebih tinggi dari itu.

Berikut dilampirkan senarai beberapa menu hidangan McD, berdasarkan order yang kebiasaan dilakukan oleh rakyat Malaysia:

Set 1 – Cheeseburger (MEDIUM set)

Item: 1 Cheeseburger + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos

1 Cheeseburger = 307 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 872 kcal

Set 2 – Double Cheeseburger (MEDIUM set)
Item: 1 Double Cheeseburger + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos

1 Double Cheeseburger = 455 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 1020 kcal



Set 3 – Double Cheeseburger (LARGE set)
Item: 1 Double Cheeseburger + 1 large Coke + 1 large french fries + 4 piring sos

1 Double Cheeseburger = 455 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
4 piring kecil sos = 80 kcal
JUMLAH KALORI = 1166 kcal



Set 4 – Big Mac (MEDIUM set)
Item: 1 Big Mac + 1 medium Coke + 1 medium french fries + 3 piring sos

1 Big Mac = 538 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
JUMLAH KALORI = 1103 kcal

Set 5 – Big Mac (LARGE set)
Item: 1 Big Mac + 1 large Coke + 1 large french fries + 4 piring sos

1 Double Cheeseburger = 538 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
4 piring kecil sos = 80 kcal
JUMLAH KALORI = 1244 kcal

Set 6 – Big Mac (LARGE set + Chicken McNuggets)
Item: 1 Big Mac + 6 Chicken McNuggets + 1 large Coke + 1 large french fries + 5 piring sos

1 Double Cheeseburger = 538 kcal
6 Chicken McNuggets = 281 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
5 piring kecil sos = 100 kcal
JUMLAH KALORI = 1545 kcal

Set 7 – Big Mac (LARGE + Chicken McNuggets + Oreo McFlurry)
Item: 1 Big Mac + 6 Chicken McNuggets + 1 large Coke + 1 large french fries + 5 piring sos + 1 Oreo McFlurry

1 Double Cheeseburger = 538 kcal
6 Chicken McNuggets = 281 kcal
1 large coke = 213 kcal
1 large fries = 413 kcal
5 piring kecil sos = 100 kcal
1 Oreo McFlurry = 338 kcal
JUMLAH KALORI = 1883 kcal



*Set 7 adalah antara hidangan “lengkap” di McD yang mampu membuatkan anda puas dan kenyang. Berbeza dengan hidangan yang lain, hidangan ini dilengkapi dengan 1 dessert (Oreo McFlurry). Mengikut pengalaman saya, hidangan seperti ini tidaklah terlalu mengenyangkan meskipun kalorinya sudah mencecah 1883 kcal.

Kini anda sudah mengetahui berapa banyak kalori yang terdapat dalam satu set hidangan McD yang sering dihidangkan. Setelah mengetahui info ini, adakah anda mempunyai strategi anda sendiri untuk mengawal kalori yang diambil pada hari anda ke McD agar tidak terlebih dari DCR yang sepatutnya? Atau adakah anda mengambil jalan untuk mengelak ia terus?
, , ,

Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2

Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini.

Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli / daun ketumbar.


Caranya:

1. Beli daun parsli / ketumbar ini dengan harga RM1.00 atau kurang
2. Basuhkan (dicadangkan dgn air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil2
3. Masukkan daun2 kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun2 ini selama 10 ke 20 minit
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun2 dari air nya
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam dan racun2 lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun2 parsli sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi!

Cuba la...Murahkan rawatan ini , cuma RM 1.00 atau kurang
, , ,

Ajaibnya Air Mata Manusia




Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering?

Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.


Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak.

Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran.

Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda.

Dan menangislah kerana Allah Taala.


1. Membantu penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri.

Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.



2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik.

Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.



3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam membiasakan sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.



4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.

Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.



5. Mengurangkan stress

Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.



6. Membina komuniti

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.



7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.
, , ,

Petua Menghilangkan Benjol

Benjol bukanlah satu penyakit, tetapi ia merupakan simptom yang datang apabila kepala kita terhentak dengan sesuatu benda yang keras. Kebiasaannya kepala benjol ini sering dialami oleh golongan kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak antara golongan yang aktif bermain dan sering terdedah kepada hentakan kepala. Bukan setakat jatuh, kadang-kadang kawan dia sendiri pun dia langgar. Jom ketahui apakah kaedah terbaik untuk menghilangkan benjol.

Petua Merawat Benjol

Ambil asam jawa (kalu takde asam jawa, asam keping pun kira okey lah..). Campurkan asam jawa tu dengan sedikit air bersama sedikit garam dan gaulkan. Kemudian lumurkan campuran tu pada tempat yang bengkak tadi. Dalam 15 minit, benjol atau bengkak tu akan segera sembuh. InsyaAllah.


Petua Hilangkan Benjol


Kalau tak dapat cari bahan-bahan di atas, boleh pakai lagi satu petua yang lebih mudah. Gunakan ais ketul.

Seeloknya masukkan dahulu ketulan ais tu dalam beg plastik, ikat dengan kemas. Lepas tu balut pula dengan kain atau tuala nipis supaya tak terlalu basah.

Kaedah menekap tempat yang cedera dengan ‘ice pack’ atau ketulan ais, tak kisah ler samada cedera sampai luka atau setakat lebam atau bengkak jer, memang selalu dipraktikkan oleh pasukan perubatan cemas. Sesiapa yang sering menonton sukan kat t.v tu tentu perasan benda nie.

Malah, kebanyakan doktor akan menyarankan kaedah meletakkan ais di tempat yang bengkak tu berbanding cara tuam dengan kain panas. Sebabnya, ais akan membantu mengecutkan saluran darah, manakala cara tuam ngan kain panas akan membuka saluran darah.
, , ,

7 Langkah Cegah Bau Kaki


Masalah bau kaki kadang-kadang terjadi kepada diri sendiri mahupun rakan di sekeliling kita. Masalah ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi diri kita sendiri. Di sini terdapat 7 langkah cara mencegah bau kaki. Bau yang datang menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.






  • kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh.
  • lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut
  • kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.
  • ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.
  • jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.
  • Pilih kasut jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut
  • rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.
, , , ,

Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau

Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau

Bahawa limau atau oren mengandungi banyak vitamin C, semua orang tahu. Memakan limau dan membuang kulitnya, rasanya semua orang pun melakukannya.Tahukah anda, kulit limau pun boleh mengatasi pelbagai masalah pada tubuh. Banyak sebenarnya Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau ini. Jom baca.


Masalah Suhu Tubuh

Mengatasi Kedinginan.
  • Rebus beberapa kulit limau dan halia segar di dalam air untuk lebih kurang 15 hingga 20minit, tambahkan gula merah, dan minumlah seperti teh.

Mencegah Frostbite
  • Bakarlah beberapa kulit oren dan giling sampai menjadi serbuk, campurkan dengan minyak sayur dan sapukan ke daerah yang bengkak kerana cuaca dingin tersebut.

Masalah Mulut

Menghilangkan bau mulut.
  • Mengunyah sepotong kecil kulit limau yang segar dapat menghilangkan bau mulut. Saat ini di beberapa kedai sudah dijual penganan berbahan baku kulit limau.
Mengubati sakit geraham.
  • Bubuhlah sepotong kecil kulit limau yang segar ke dalam mulut selama 10 minit sebelum tidur.
Merawat dan mengubati gigi yang sensitif.
  • Bubuhlah kulit ke dalam gelas dan tambahkan air mendidih, tutup gelasnya selama 5 hingga 10 minit kemudian minumlah.

Masalah Saluran Pernafasan

Mengubati batuk.
  • Taruhlah 5 gram kulit limau kering kedalam 2 gelas air dan rebus selama 10 hingga 15minit kemudian tambahkan beberapa halia dan gula merah. Minumlah selagi hangat.
Mengubati bronchitis kronik.
  • Taruhlah 5 hingga 15 gram kulit limau kedalam sebuah gelas, tambahkan air yang mendidih untuk membuat segelas ”teh kulit limau”. Minumlah sekerap mungkin ..
Mencegah sesak nafas.
  • Tambahkan air panas ke dalam gelas yang berisi kulit limau segar, tutuplah selama 10minit dan tambahkan gula sebelum kamu meminumnya. Cara ini boleh menghentikan rasa sesak di dada dan radang tenggorokan.

Masalah Pencernaan

Mengubati sembelit
  • Rebus 12 gram kulit limau segar atau 6 gram kulit limau kering dengan air untuk 10 hingga 15 minit. Minumlah 2 kali sehari untuk mencegah sembelit (susah buang air besar).
Mengembalikan nafsu makan yang kurang.
  • Yang satu ini patut dicuba. Ambillah kulit limau yang segar dan jemurlah sampai kering.Campurkan kulit buah itu dengan daun teh. Ramuan ”teh kulit limau” ini berguna untukmengembalikan nafsu makan kamu yang hilang.


Khasiat Kulit Oren atau Kulit Limau

Masalah Kecantikan

Kulit jeruk mampu menyerap minyak berlebihan dari kulit sehingga mengurangkan wajah akibat minyak yang berlebihan. Selain itu, ternyata kulit limau juga boleh mengangkat sel-sel kulit mati dan kering dari permukaan wajah sehingga membuat wajah lebih bersih dan cerah.

  • Caranya dengan menggunakan masker kulit limau yang boleh dibuat sendiri. Kupas kulit limau, biarkan hingga kering dan keras. Setelah mengeras, pengisar kulit limauhingga hancur kemudian campurkan dengan susu secukupnya (nisbah 50:50) hingga menjadi pasta.

  • Bersihkan wajah dengan air, keringkan, kemudian barulah aplikasikan masker kulit limau tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit hingga kering. Bilas wajah dengan air, namun pastikan tidak menggosok wajah terlalu keras kerana ini boleh merosakkan kulit.

Mengubati mastitis.
  • Mastitis iaitu rasa bengkak pada payudara saat pengeluaran susu ibu berlebih. Rasa sakit ini boleh diatasi dengan merebus 30 gram kulit limau yang segar dan 6 gramlicorice (akar manis) dengan air. Minumlah dua kali sehari.
Mengubati alergi.
  • Kulit limau boleh juga digunakan untuk menghilangkan gejala alergi setelah memakan ikan dan ketam. Rebuslah beberapa potong kulit limau segar dengan air dan minumlah.

Mengubati hangover.
  • Hangover adalah perasaan sakit kepala pada waktu bangun pagi setelah terlalu banyak minum minuman keras. Mengatasianya dengan cara merebus 30 gram kulit limau segar dengan air untuk 15 hingga 20 minit, tambahkan sedikit garam dan minumlah.
Mencegah mabuk perjalanan.
  • Satu jam sebelum naik kereta, ambilah secuil kulit limau yang segar terus dekatkan kehidung dan hiruplah aroma limau di kulitnya. Selama dalam perjalanan, teruslahmenghirup kulit limau itu untuk mencegah mabuk perjalanan
, , ,

8 Manfaat Makanan Pedas

Setiap orang mempunyai cara makanan dan pola makanan yang berbeza. Hanya harus pandai mengimbangi makanan mengikut piramid makanan untuk mendapatkan nutrient yang seimbang untuk tubuh badan.

Setiap jenis makanan mempunyai khasiat yang berbeza. Begitu juga dengan makanan pedas.
Makanan pedas mungkin menjadi kesukaan dari sebagian orang, tetapi ada juga orang yang tidak suka dengan makanan pedas.

Orang yang tidak suka makanan pedas kebiasaannya takut perutnya akan sakit ataupun telah mempunyai penyakit yang tidak boleh makan makanan pedas. Namun makanan pedas ternyata ada manfaat baik bagi tubuh kita.







1. Melancarkan pernafasan

Makanan pedas bertindak seperti ubat untuk yang mempunyai masalah pernafasan dan membantu pesakit asma, bronkitis kronik, sinusitis dan penyakit pernafasan yang lain agar bernafas lebih baik.

2. Menjaga mood

Makanan pedas boleh meningkatkan penghasilan hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.
3. Mencegah Kanser

Banyak penelitian menunjukkan kuantiti teratur makanan pedas akan mengurangi risiko kanser. Kapsaicin sejenis zat dalam cili dapat menyebabkan rasa panas, terbakar bila terkena kulit . Ia memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan pada banyak kes sel-sel kanser mati tanpa merosakkan sel di sekitarnya.

Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.

4. Memperbaiki fungsi penghadaman

Manfaat cili dalam saluran penghadaman adalah meningkatkan aliran darah di perut dan meningkatkan lapisan mukus. Kapsaisin juga membantu membunuh bakteri H.pylori penyebab penyakit gastrik.
Akan tetapi jika anda mengalami heartburn (rasa panas) setelah makan pedas, cubalah tablet antiacid yang akan meneutralkan asid di perut.

5. Menghilangkan Gejala Selsema

Kapsaisin membantu meningkatkan pengeluaran peluh dan menghilangkan gejala selsema yang mengganggu. Makanan pedas juga akan membantu membuka pernafasan, mengurangkan radang pada saluran pernafasan dan gejala selsema yang lain.
6. Menyihatkan jantung

Cili menyihatkan jantung dengan cara mencegah pembekuan darah. Pemerhatian juga menunjukkan kadar kolesterol yang tidak baik/LDL boleh mencegah pengoksidaan yang akan menyebabkan pembuluh darah tersumbat.
Kapsaisin juga berkesan melawan keradangan, yang telah dikenalpasti sebagai faktor risiko penyakit jantung.
Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah.

Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan keradangan. Kedua-duanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

7. Turunkan berat badan

Cili mengandung kapsaisin, , memiliki kesan termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit. Ia yang akan mempercepat metabolisme dan membantu tubuh membakar kalori lebih cepat. Hal ini terjadi kerana kapsaisin meningkatkan suhu tubuh dan berperanan dalam meningkatkan denyutan jantung.
Tambahan pula, kajian menunjukkan orang yang suka makanan pedas biasanya makan dalam kuantiti yang sedikit sehingga berat badan lebih terjaga. Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda.

8. Menurunkan tekanan darah

Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
, , , , ,

Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati

Petua menghilangkan pedih ulu hati cara tradisional, guna bahan yang senang didapati dirumah. Ini cuma sebahagian ikhtiar kita untuk hilangkan rasa sakit.

Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati guna soda bikarnonat

Petua 1: Ambil 1 camca teh soda bikarbonat campurkan dalam segelas air dan minum. Soda yang bersifat alkali dapat menaikan pH yang berasid.




Petua Menghilangkan Pedih Ulu Hati guna limau nipis

Petua 2: Ambil 1 biji limau nipis. Baca surah al-Kauthar 3 atau 7 kali dan belah limau nipis itu. Sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada pada ulu hati di bahagian tengah dada.



Info Pedih Ulu Hati

Info Pedih Ulu Hati

Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati. Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi.

Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser, ‘Gastric ulser danRefluks Oesophagitis’. Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut.

Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya anda mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.