Gaya rambut Mohawk biasanya dikaitkan dengan budak-budak punk. Gaya rambut Mohawk ini juga dianggap ekstrim dan ganas bagi masyarakat. Namum ada usaha yang agak lain macam di Amerika Syarikat. mereka gayakan rambut Mohawk untuk menjana pendapatan dengan menjadiakan rambut mereka sebagai papan iklan bergerak.
Siapa yang tidak kenal dengan gaya rambut Mohawk ini iaitu sejenis gaya rambut yang menegak naik ke atas. Selain berguna untuk bergaya, kini ia juga boleh menjana pendapatan dengan memasang iklan pada rambut Mohawk ini.
Salah seorang anggota kumpulan yang menamakan dirinya Mohawk Gaz di Florida, Amerika Syarikat telah memanfaatkan rambut Mohawk mereka untuk dijadikan papan iklan bergerak.
Ternyata, terdapat banyak syarikat yang mahu mengiklankan produk mereka pada gaya rambut Mohawk ini dengan cara melukis di rambut Mohawk dengan jenis iklan apa yang akan di pamerkan di rambut berkenaan.
Mohawk Gaz telah membuat berbagai rekaan iklan, misalnya seperti potret Marilyn Monroe, Mona Lisa atau Iris Kimbo. Pengiklanan rambut yang paling berkesan sejauh ini adalah sebuah jaring berserta dengan gelung bola keranjang yang melekat di kepala yang dipakainya sewaktu pertandingan NBA, di mana ia telah menarik perhatian yang besar dari kalangan orang ramai.
Gasmy mengatakan bahawa iklan yang di pasang pada rambutnya itu hanya akan bertahan selama seminggu, namun dia boleh mengubah gaya atau rekaan iklan sehingga tiga kali se-minggu, sekiranya dia memiliki klien yang berbeza.