9/03/13

Filled Under: , ,

10 Nasihat Einstein Untuk Berjaya




1. Wujudkan rasa ingin tahu anda
"Saya bukan memiliki bakat luar biasa. Hanya selalu menikmati rasa ingin tahu saja."
Membaca petikan Einstein di atas membuat kita tertanya-tanya. Seperti apa rasa ingin tahu itu? Saya selalu bertanya mengapa ada orang yang berjaya,sementara banyak yang lain gagal?


2. Tekun itu tidak ternilai
"Saya bukannya pintar, boleh dikatakan hanya bertahan lebih lama menghadapi masalah."
Bayangkan ketekunan seekor kura-kura di tengah rimba bergunung yang ingin menuju ke pantai. Wa;aupun bergerak perlahan tetapi tetap berusaha sehingga matlamatnya tercapai.

3. Fokus pada saat ini
Seseorang mampu melakukan banyak perkara tetapi tidak semua sekaligus. Berikan perhatian kepada apa yang sedang anda lakukan. Tenaga terfokus adalah sumber kekuatan. Itulah perbezaan antarakejayaan dan kegagalan.


4. Imaginasi adalah kekuatan
"Imaginasi adalah segalanya. Imaginasi adalah penarik masa depan. Imaginasilebih penting daripada pengetahuan."
Ungkapan Einstein ini sangat terkenal. Imaginasi memainkan satu babak awal dalam pentas kehidupan masa depan anda. Lagi kata Einstein, "Tanda kegeneniusan sesungguhnya bukanlah ilmu pengetahuan melainkan imaginasi." Adakah anda sudah melatih otot-otot imaginasi anda setiap hari?Jangan biarkan 'otot-otot' itu menjadi lemah dan tidak sihat. Hidup tanpa imaginasi seperti mengikuti aliran sungai, pasrah mengikuti apa-apa kemahuannya dan ke mana arahnya. Tak mempunyai kuasa atas apa-apa terhadap pilihan ataupun keinginan. Sesuatu yang menyedihkan.


5. Buat kesalahan
"Seseorang yang tidak pernah membuat kesilapan sebenarnya tidak pernah mencuba sesuatu yang baru."
Einstein tak pernah takut dengan kesilapan. Ingat baik-baik, KESALAHAN bukan KEGAGALAN. Dua hal ini berbeza. Kesilapan dapat membantu anda menjadi lebih baik, lebih cepat, lebih bijak, jika anda menggunakannya dengan tepat. Carilah sesuatu baru dari kesilapan anda. Seperti yang selalu dikatakan, belajar dari kesilapan kita.


6. Hidup dengan baik pada saat ini
"Saya tidak pernah memikirkan masa depan, itu akan datang sesaat lagi".
Satu-satunya cara untuk berjaya pada masa depan adalah berjaya pada saat ini. Kita tidak mungkin dapat mengubah apa yang telah berlaku kelmarin, tetapi hanya dapat dapat mengubah pandangan kita supaya menjadi lebih baik daripada kelmarin.
Kita juga boleh mengubah hari esok menjadi lebih baik jika kita membuat yang terbaik pada saat ini.


7. Hargai diri anda
"Berusahalah untuk menjadi bukan sahaja berjaya tetapi menjadikan diri anda lebih berharga".
Luangkanlah masa untuk menaikkan nilai diri anda. Jika anda memang bernilai, maka peluang kejayaan akan datang menghampiri anda.

~Apakah berlian sama harga dengan kelikir? anda pasti tahu jawapannya~


8. Jangan mengharapkan hasil yang berbeza

"Kegilaan: adalah melakukan sesuatu berulangkali dengan cara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza".

Jangan harapkan hasil yang lebih baik jika anda kekal dengan cara lama anda. Dengan kata lain, anda mengharapkan otot bisep anda menjadi lebih kuat dan tegap sedangkan anda berlatih dengan dumbell yang ringan dan tidak berubah sepanjang masa. Kita haruslah mengubah cara berfikir, pandangan dan perbuatan kita untuk menjadi lebih baik.


9. Pengetahuan dirasai melalui pengalaman

"Infomasi bukanlah ilmu. Satu-satunya sumber ilmu ialah pengalaman".

Carilah pengalaman! Jangan hanya duduk menonton filem cinta sedangkan diri anda mati-matian inginkan kekasih. Keluarlah sekarang kerana banyak pengalaman berharga menunggu diluar.


10. Fahami peraturan permainan, dan bermainlah dengan baik

"Anda perlu tahu peraturan permainan, dan bermainlah lebih baik daripada pemain lain".

Jika anda tahu lebih banyak dan melakukan lebih baik dari orang lain, kejayaan pasti datang ke dalam hidup anda.