19/11/11

Filled Under: , ,

Duit jatuh dari langit


Alangkah indah jika hidup ini jika semua yang kita inginkan tiba-tiba jatuh dari langit. Bagai bulan jatuh ke riba, namum hakikatnya dunia tidak begitu. Setiap yang datang adalah hasil dari usaha. Tidak ada magik atau kuasa sakti yang dapat menurunkannya dari langit. 

Bak kata pepatah "Yang pipis tak datang melayan, Yang bulat tak datang bergolek" inilah realiti dunia, segala usaha dan keringat yang di kerah akan menbuahkan hasil. Cuma kita perlukan pastikan ianya adalah sumber yang baik serta halal. Agar setiap rezeki yang datang akan mendapat berkat. 

Harus diingat rezeki yang datang adalah datang dari rahmat Allah. Hanya dia yang berhak menberi rezeki, berdasarkan merit usaha gigih kita. Jadi berusahalah, berdoalah dan bertawakallah agar kita sentiasa mendapat rezeki yang berkat.

Setelah kita berusaha dengan gigih dan penuh kesabaran insyallah, nikamtnya bersama rahmatnya akan terhasil dan kita akan merasa puas dengan segala hasil titik peluh kita itu. Kunci kehidupan yang tenang. Jadi mu fikir laa, apa guna duit banyak tapi hidup tak tenang.

Petikan dari Harian Metro:
SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.
Click Here


Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya