29/03/13

Filled Under: , , ,

Patung Dibuat Dari Darah Manusia


Seorang lelaki India Hussaini, berasal dari Chennai, seorang pembuat patung dan juga seorang guru memanah telah menghasilkan sebuah karya seni yang unik lagi pelik. Bersempena ulang tahun J jayalalitha (Ketua Menteri Tamil Nadu) yang ke-65. 

Beliau telah menghasilkan sebuah patung kepala J. Jayalalitha dengan menggunakan 11 liter darah manusia yang telah dibekukan. Darah sebanyak itu telah dikumpulkan dari darah beliau sendiri dan turut meyumbang adalah 32 orang muridnya. Proses pengumpulan darah itu dibuat secara berperingkat dalam masa 3 bulan.

Namum begitu pada awalnya Hussaini hanya memiliki 6.5 liter darah. Namum selepas itu 32 orang murid memanahnya sudi untuk menderma sebanyak 4.5 liter darah lagi bagi memenuhi 11 liter darah yang diperlukan.

"Darah merupakan simbol keberanian dan pengorbanan Tamil Thaai - ibu dari Tamil. Jadi, ini adalah tanda rasa hormat saya kepada ketua menteri," kata Hussaini kepada New India Express.

Untuk menyiapkan patung ini Hussaini telah menggunaka tanah liat. Dan kemudiannya menyiapkan cetakan silikon yang diisi dengan campuran tanah liat tadi dan 11 liter darah. Cetakan itu akan dibekukan pada suhu -27 darjat Celcius selama 2 bulan.

Patung kepala ini sebenarnya adalah sebagai tanda terima kasih Hussaini kepada pemimpin itu kerana telah menyokong perkembangan suka memanah di India.