23/03/13

Filled Under: ,

'Rambo' dipenjara 133 tahun


Adakah setimpal hukuman ini dengan nyawa dan kesalahan yang dilakukan oleh si Rambo Bentong ini. Sekaligus menjejaskan nama baik Rambo..hehehe...meringkuplah kau dalam penjara itu lau panjang umur sempatlah kau keluar selepas 133 tahun nanti. Menurut member aku si Rambo ini juga lah yang terlibat dalam kes pembunuhan kawan kepada member aku dan isteri si mangsa turut di rogol.



RAUB - Perogol bersiri yang menggemparkan negara hingga digelar 'Rambo' terpaksa meringkuk dalam penjara sehingga 133 tahun, apabila dia menerima hukuman 18 tahun lagi penjara kerana kesalahan mencederakan anggota polis pada November tahun lalu.

Hakim mahkamah sesyen, Shahrizat Ismail menetapkan Rabidin Satir, 42, perlu menjalani hukuman tambahan itu sebaik sahaja berakhir tempoh 115 tahun penjara yang ditetapkan sebelum ini.

Rabidin didapati bersalah di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada hari dia ditangkap, 14 November lalu.

Shahrizat menjatuhkan hukuman tersebut setelah Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah membuat pengakuan bersalah mencederakan seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Menurut Shahrizat, kesalahan itu berat memandangkan mangsa adalah anggota polis yang bertugas menjaga ketenteraman awam.

Walaupun Rabidin membuat rayuan supaya hukumannya diringankan, tetapi mahkamah tetap dengan keputusan itu sebagai pengajaran kepadanya dan juga orang lain.

Pada 5 Februari lalu, di mahkamah sama, Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman 115 tahun penjara termasuk 50 sebatan ke atas Rabidin setelah dia mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan liwat.

Kesemua hukuman itu diperintah berjalan secara berasingan mulai tarikh dia ditangkap.

Dalam pendakwaan sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh menyebabkan masyarakat hidup dalam ketakutan.