Belum lagi selesai sepenuhnya kes pencerobohan di Lahad Datu. Kita disajikan pula dengan cerita-cerita begini. Bagi pendapat aku personal, perkara-perkara macam ini tak perlu pihak media war-warkan di dada akbar. Bukan boleh tolong Polis dan Tentera kita pun, makin merosakkan akidah masyarakat kita ada la. Motif apa cerita begini disiarkan. Kalau untuk melariskan jualan, memang tak patut. Sedangkan seluruh rakyat Malaysia sedang bersimpati dengan pahlawan kita yang terkorban.
LAHAD DATU - Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.
Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.
Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.
"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.
"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.
Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.
"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas.
"Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_02.htm