17/03/13

Filled Under: ,

7 Kematian Akibat Pengaruh Permainan Video

Permainan video bukan sahaja menjadi permainan yang digemari oleh kanak-kanak, namun juga oleh sebilangan orang dewasa..Walaupun, pengaruh yang kuat daripada permainan video ini mungkin boleh memberi impak negatif terhadap kehidupan seseorang contohnya seperti membunuh..Nak tahu beberapa jenis kematian disebabkan oleh pengaruh permainan video, meh baca kat bawah ni..

7. Bunuh Diri Angkara Permainan Video "Everquest"


Kisah pembunuhan ini masih diperdebatkan, namun faktanya adalah Shawn Wolley yang berusia 21 tahun dikatakan telah bermain permainan video online 'Everquest' selama berjam-jam lamanya sebelum menembak mati dirinya sendiri di hadapan komputer miliknya. Ibunya menemui mayat anaknya itu dengan pesan tertentu pada katilnya berhubung permainan video yang dimainnya, namun tidak ada satupun yang menjadi bahan bukti.


6. Remaja 13 Tahun Bunuh Diri Gara-Gara Permainan "World of Warcraft"


Xiao Yi yang ketika itu berumur 13 tahun melompat terjun daripada sebuah bangunan 24 tingkat. Pesan yang dia tinggalkan untuk ibubapanya telah ditulis berdasarkan sudut pandang karakter game yang dimainkannya. Lebih parah lagi, pesan tersebut turut menyatakan hasrat Xiao Yi untuk menemui tiga teman gamenya itu dalam kehidupan selepas mati. Sebelum kejadian, orang tuanya pernah mempersoalkan ketagihannya itu dan dia menjawab yang "dirinya sudah diracuni oleh permainan video dan tidak dapat mengenali siapa dirinya lagi"


5. Remaja 13 Tahun Bunuh Wanita Tua Demi Mendapatkan Duit Langganan


Pada 2007, seorang remaja berusia 13 tahun bernama Dinh The Dan telah membunuh seorang wanita berusia 81 tahun dan mencuri duitnya demi membayar wang langganan sebuah permainan video online. Pihak polis Vietnam melaporkan bahawa Dan telah mengikat wanita tua sebelum membunuhnya dan menyorokkan mayatnya dibawah timbunan pasir di hadapan rumah mangsa. Kerana usianya yang masih muda, dia tidak dihantar ke penjara tetapi dihantar ke sebuah kem pemulihan dimana dia hanya akan dibebaskan sekiranya berkelakukan baik.


4. Lelaki Bunuh Anak Perempuannya Kerana Rosakkan Konsol Xboxnya.


Tyrone Spellman, 27 tahun bermain dengan Xbox nya ketika anak perempuannya yang berusia 17 bulan menarik beberapa kabel dan menterbalikkan konsol Xbox nya itu ke lantai sehingga rosak. Tyrone menjadi sangat marah dan telah memukul anak perempuannya itu dengan "kekuatan yang mampu meretakkan tengkorak" berulang-ulang kali. Proses bedah siasat juga menemui keadaan lengan anaknya itu yang patah yang tidak diketahui pekerja sosial 2 minggu sebelum kematian mangsa.


3. Remaja Bunuh Ibu Kandung Kerana Permainan Video "Halo 3"


Setelah ibu dan bapanya merampas permainan video 'Halo 3' daripadanya, Daniel Patrick, berusia 17 tahun telah menemui permainan video yang disorokkan ibu bapanya bersama dengan sepucuk pistol 9mm. Dia kemudiannya mengambil permainan video tersebut bersama dengan pistol 9mm menuju ke arah ibu bapanya. Dia sempat meminta ibu dan bapanya menutup mana kononnya dia mempunyai "kejutan" untuk mereka sebelum melepaskan tembakan. Si ayah terselamat dengan keadaan kritikal manakala si ibu mati di tempat kejadian.


2. Anak Perempuan Berusia 2 Tahun Dipukul Sampai Mati Dengan Alat Kawalan Jauh Game


Darisabel Baez, anak perempuan kepada Neida E. Baez (19 tahun) yang berusia 2 tahun telah dipukul sehingga mati dengan menggunakan alat kawalan jauh permainan video oleh teman lelakinya, Harve L. Johnson pada April 2008. Anehnya, si anak tadi telah dibawa kepada ibunya dalam keadaan basah kuyup selepas si teman lelaki cuba menyedarkannya kembali di bilik mandi. Harve menolak untuk menjelaskan motifnya berbuat demikian kepada pihak polis.


1. Membunuh Polis Akibat Terpengaruh Permainan Video "Grand Theft Auto: GTA"


Seorang lelaki, Devin Moore telah membunuh seorang anggota polis mencuri kenderaan peronda polis berkenaan akibat terpengaruh dengan sebuah permainan video bercorak ganas, "Grand Theft Auto: GTA". Moore dikatakan telah merampas pistol daripada salah seorang anggota polis tersebut sebelum menembak 3 anggota polis lainnya dan merampas kenderaan peronda mereka. Semasa dia ditangkap, dia sempat berkata sesuatu kepada pihak polis yang berbunyi, "Hidup umpama sebuah permainan video, bila tiba masanya kau pasti akan mati."