30/03/13

Filled Under: , ,

Kedai Android Palsu di China


Pada tahun lalu, seorang blogger membuat headline di media internasional mengbongkar sebuah kedai Apple palsu di China. Outlet kedai tersebut dibina sebijik sama dengan kedai Apple yang asal, sehinggakan ada yang menganggap mereka berkerja dengn syarikat Apple.

Apple sehingga kini masih menjadi brand telefon yang paling diminati masyarakat China, namum begitu sedikit demi sedikit telefon berplatform Android mula menguasai pasaran. Kini sudah banyak jenama telefon yang menggunakan platform milik Google ini.

 

Disebabkan permintaan pasaran, kini telefon Android pula dikejar oleh para peniaga telefon untuk mencari keuntungan. Sama seperti Apple, sudah ada kedai Android yang palsu dibina. Brian Glucroft, seorang blogger yang bertapak di China, telah menemui kedai palsu itu yang diberi nama 'Android Store yang terletak di kota Nanping, Guangdong.

 

Daripada foto yang diambil, kelihatan jelas logo robot Android terpampang di kedai tersebut. Bukan sahaja telefon Android yang dijual disini, malah turut dijual disini adalah smartphone milik Apple, iPhone 4s. Tidak dapat dipastikan samaada telefon Apple ini adalah sama palsu dengan kedai Apple palsu sebelum ini. Google sendiri selama ini tidak membuka outlet rasmi kecuali di Melbourne dengan nama Androidland.