Bagaimana rasanya untuk berada begitu dekat—mahupun menyentuh awan? Tidak perlu menyertai pasukan payung terjun atau mendaki gunung yang tinggi untuk melihat awan dari jarak dekat.
Seorang artis Belanda, Berndnaut Smildeas, telah berjaya mencipta satu hasil seni: seni mencipta awan. Ini dilakukan dengan menggunakan sebuah mesin asap, yang digabungkan dengan kelembapan pada suhu bilik dan pencahayaan dramatik kemudian menjadi awan “Nimbus II 2012” di dalam sebuah bilik.
Semildeas, yang tinggal di Amsterdam, berkata dia cuma mahu membuat imej awan hujan dalam bilik.
"Saya membayangkan berjalan masuk ke dalam dewan sebuah muzium, dengan sebuah dinding kosong, dan tiada benda lain selain dari awan."
Bagaimanapun, malang sekali awan ciptaan Smildeas tidak boleh tahan lama, hanya beberapa saat dan kemudian lenyap.

http://youtube.com/watch?v=a3PxxEoW7ZA | |