18/02/11

Filled Under:

Tok Guru Peramu

Bagi peminat sejarah, atau mereka yang dewasa sekitar tahun 50-60an dahulu, terutama di negeri Pahang Darul Makmur tentu pernah mendengar kisah Tok Guru Peramu. Untuk post kali ini, MalaysiaSensasi akan menceritakan tentang Tok Guru Peramu ini. Dikatakan bahawa beliau seorang pendekar yang handal. Namun ini bukanlah menghairankan kerana di Tanah Melayu ketika itu, negeri Pahang adalah antara negeri yang paling ramai pendekar dan pahlawan. Antara yang terkenal ialah Mat Kilau, Tok Gajah, Pendekar Endol, Pawang Nong, Pawang Kadir, Pendekar Husin/Cikgu Jantan, dan Datuk Bahaman.


Apa yang menarik mengenai Tok Guru Peramu ini ialah, beliau dikatakan sebagai Datuk Bahaman. Pembesar dan pahlawan Pahang yang memulakan penentangan kepada penjajah British di Semantan, yang kemudianya disertai oleh Mat Kilau dan rakan-rakan, serta Tok Gajah kemudianya. Datuk Bahaman dikatakan telah meninggal dunia di Siam, setelah ditangkap oleh Siam atas permintaan British pada 1895.

Kemudian muncul pula Tok Guru Peramu ini. Orang mengatakan bahwa beliau adalah Datuk Bahaman, bagaimanapun tiada pengiktirafan dilakukan ke atas beliau kerana dikatakan bahawa ada kena mengena dengan taktha kesultanan Pahang. Malah Tok Guru Peramu juga tidak pernah mengaku bahawa beliau adalah Datuk Bahaman, walaupun rakan-rakan seperjuanganya yang masih hidup ketika itu mengakui bahawa beliau adalah Bahaman.

Apa yang pasti Datuk Bahaman tidak mati di tangan Siam. Adakah sebegitu mudah Siam ingin membunuh Pahlawan Pahang ini?. Sedangkan Inggeris yang begitu besar kuasanya tidak mampu untuk membunuh Datuk Bahaman. Untuk mengelakkan nama mereka aib, adalah mudah bagi Inggeris untuk menulis bahawa Mat Kilau, dan Datuk Bahaman telah mati. Menurut orang, Datuk Bahaman selalu balik ke Pahang dan berjumpa dengan anaknya Pendekar Hussin/Cikgu Jantan. Sama halnya dengan Mat Kilau, Cikgu Jantan pernah ditahan oleh komunis. Beliau ditembak dan ditanam hidup-hidup setelah peluru komunis tidak dapat menembusi tubuh beliau, tetapi keesokanya apabila digali hanya tinggal batang pisang sahaja.

Berbalik kepada Tok Guru Peramu, beliau tidak suka gambarnya diambil. Penah ada orang mengambil gambarnya, kemudian dia menjerkah "mampus kamu". Lalu orang tersebut menjadi kurang waras.

Dalam satu cerita lain, keluarga Datuk Bahaman telah dikepung Siam, ketika ini Datuk Bahaman berada di Kelantan. Mengetahui hal itu Datuk Bahaman kemudiannya terus pergi untukmenyelamatkan keluarganya yang sedang dikepong. Bersamanya dibawa lembing yang bernama “Beringin” (lembing berupa daun sireh), yang dikatakan mampu untuk memukau orang. Apabila tiba di sana, lembing tersebut terus dipacakkan ke tanah di hadapan tangga rumah yang dikepong. Akibatnya semua askar Siam yang sedang mengepong itu dipukau dan tidak menyedari apa yang berlaku. Lantas Dato’ Bahaman menyuruh seluruh keluarganya turun dan melarikan diri ke Hulu Terengganu (Kuala Berang). Kemudian, pada malam itu juga Dato’ Bahaman melarikan diri ke Menara (Siam). Menurut Buku Darul Iman (m.s. 242), pada November 1895, Dato’Bahaman, Awang Nong (adik Mat Kilau), The Ibrahim (adik Mat Kilau), Haji Mat Wahid dan Mat Lela (anak Datuk Bahaman), telah menyerahkan diri kepada orang-orang besar Siam lalu dibawanya ke Siam. Sebenarnya Dato’ Bahaman tidak menyerah diri kepada Siam. Apayang dilakukan ialah beliau melarikan di ke Menara dan bersembunyi di sana.

Sumber:
http://www.malaysiasensasi.net/2009/...ru-peramu.html
http://www.malaysiasensasi.net/2010/...-peramu-2.html

0 comments:

Catat Ulasan