3/02/13

Filled Under: , ,

Penyakit Buah Pinggang : Bagaimana Kuku Anda Menunjukkan Tanda?

Penyakit Buah Pinggang : Bagaimana Kuku Anda Menunjukkan Tanda? - Tahukah anda bahawa kuku selalunya dapat menunjukkan perubahan tertentu yang menandakan keadaan yang tertentu. Menurut American Association of Kidney Patients, penyakit buah pinggang juga dikaitkan dengan pelbagai masalah kuku yang tersendiri. 

Perubahan pada jari dan kuku kaki adalah disebabkan oleh pembentukan bahan buangan nitrogen yang berlaku kepada pesakit buah pinggang. Selain itu, malnutrisi dan pengambilan ubat-ubatan juga boleh membawa kepada perubahan kuku. Oleh itu, jika anda merupakan seorang pesakit, anda perlu memberitahu doktor tentang sebarang perubahan yang berlaku pada kuku anda.


Lekukan Lurus Merentasi Kuku

Penyakit Buah Pinggang : Bagaimana Kuku Anda Menunjukkan Tanda?


Beau's line at finger

Salah satu jenis perubahan yang berlaku pada kuku dipanggil sebagai garisan Beau. Kedudukan garisan beau selalunya melintang merentasi permukaan kuku dan akan merosakkan kuku. Garisan beau terjadi akibat dari penyakit akut yang mengganggu pertumbuhan kuku. Keadaan ini boleh dilihat juga pada penyakit akut yang lain, selain dari penyakit buah pinggang.


Kuku Berbatas

Satu lagi jenis perubahan kuku yang boleh dilihat pada pesakit buah pinggang ialah koilonychia. Bagi jenis ini, kuku anda akan kelihatan berbentuk seperti sudu dan cengkung. Perubahan jenis ini dikaitkan dengan penyakit anemia akibat kekurangan zat besi, yang kebiasaanya berlaku pada pesakit buah pinggang.

Koilonychia nails

Penyakit Buah Pinggang : Bagaimana Kuku Anda Menunjukkan Tanda?


Jalur-Jalur Putih & Berbintik

Jenis ini dikenali sebagai leukonychia, di mana kuku anda akan mempunyai jalur-jalur putih dan berbintik-bintik. Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan penyakit buah pinggang kronik.

Kuku Separuh

Satu lagi bentuk perubahan yang boleh dilihat berlaku pada pesakit ialah bentuk kuku yang dipanggil sebagai Lindsay’s nails. Untuk jenis ini, bahagian proksimal kuku anda akan berwarna putih dan bahagian distal akan berwarna coklat. Menurut American Association of Kidney Patients, bengkak pada lapisan kuku menyebabkan sebahagian daripada kuku berwarna putih.

Kuku Rapuh

Menurut University of Maryland Medical Center, kuku rapuh juga biasanya dikaitkan dengan penyakit buah pinggang dan juga anemia disebabkan kekurangan zat besi. Selain itu keadaan ini dikaitkan dengan faktor dan tanda penuaan.

Anda Sakit Buah Pinggang?

Di sini saya terjumpa satu petua tradisional yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah anda. Apa yang perlu anda cari sekarang ialah daun lobak merah.


Cara untuk mengamalkan petua ni:

1. Ambil daun lobak merah dan cuci agar ianya bersih.
2. Rendamkannya dalam 1 mangkuk yang berisi air panas.
3. Biarkan daun tersebut terendam selama beberapa minit.
4. Kemudian, minumlah air rendaman daun lobak merah tu.
5. Amalkan meminumnya 3 kali sehari sebelum makan.

Selamat Mencuba!