7/02/13

Filled Under: , , , ,

Gigi Vampier Jadi Trend Di Jepun


‘Keunikan’ pemikiran masyarakat Jepun memang tidak dapat disangkal dan antara yang terbaru berkaitan konsep kecantikan membabitkan susunan gigi. Lelaki Jepun memandang wanita yang mempunyai susunan gigi berlapis sebagai comel dan lebih menarik berbanding golongan yang memiliki barisan gigi sempurna.Ketika wanita lain di seluruh dunia mengimpikan untuk memiliki gigi yang teratur cantik sehingga sanggup membelanjakan ribuan ringgit menjalani rawatan pergigian, malah ada yang rela memakai pendakap gigi selama 18 hingga 24 bulan, wanita Jepun pula dengan senang hati mengeluarkan wang sebanyak RM1,200 untuk tujuan sebaliknya.

Gaya susunan gigi berlapis dan bertaring dipanggil ‘tseuke-yaeba’ mula menjadi ikutan wanita muda di Jepun pada 2011 khususnya dengan kemunculan kumpulan penyanyi remaja perempuan, TYB48 atau Tseuke-Yaeba 48, yang ditubuhkan oleh Taro Masuoka, doktor gigi yang menjadi perintis kepada prosedur ‘menghuru-harakan’ susunan gigi.
“Kebanyakan pesakit saya ialah pengikut fesyen semasa, sangat mementingkan penampilan dan comel. Jadi saya mahu ambil kesempatan daripada peluang ini dengan menubuhkan TYB48,” katanya kepada akhbar dalam talian, Japan Today.
Album pertama kumpulan itu dengan tajuk Mind If I Bite (Boleh Saya Gigit) dilancarkan April tahun lalu dan anehnya, penampilan tiga gadis berusia 18 tahun - Nana, Mio dan Rika - dengan gigi ala drakula mencetuskan satu fenomena.Bagaimanapun, kemasyhuran TYB48 masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan kumpulan penyanyi perempuan pertama di Jepun yang mempunyai gigi berlapis.

Susunan gigi Tomomi Itano daripada kumpulan idol Jepun, AKB48, yang berlapis juga menyumbang kepada kegilaan baru ini apabila ramai wanita Jepun berpusu ke klinik gigi supaya gigi taring palsu yang lebih panjang boleh digamkan pada gigi mereka.

Taro menawarkan diskaun 50 peratus untuk pelajar sekolah menengah yang mahukan tsuke-yaeba dengan syarat mereka perlu membawa kad pelajar. Bagaimanapun, dia mengakui ada juga wanita yang datang kembali ke kliniknya untuk menanggalkan gigi taring palsu dan atas sebab ini, dia turut menawarkan tsuke-yaeba boleh tanggal pada harga sama.

Namun, bagi doktor gigi lain, susunan gigi berlapis sesuatu yang tidak diingini. Bagi Taro pula, ia lambang kecantikan. Dia mendakwa, gigi berlapis (dengan adanya gigi taring yang menonjol), memberikan pesakitnya ‘kecantikan remaja nakal’ yang dianggap boleh menarik perhatian lelaki dan menimbulkan rasa sayang apabila melihatnya. Prosedur ini yang boleh memberi kesan sementara atau kekal membabitkan penambahan satu lapisan untuk memanjangkan gigi taring.



“Kadar perkahwinan dan kelahiran di Jepun sangat rendah. Barisan gigi yang sempurna dianggap menakutkan apabila peranan anda dalam masyarakat mula terjejas,” katanya.

Dengan perubahan peranan dan bertambahnya bila-ngan wanita berkerjaya, adakah kegilaan mempunyai gigi berlapis ini akan menular ke negara lain termasuk Amerika Syarikat?


sumber