8/12/12

Filled Under: , ,

Stephen Hawking : Kisah Hidup Ahli Fizik

Stephen Hawking merupakan ahli fizik yang cukup terkenal di dunia. Banyak teori dan konsep baru yang diperkenalkan olehnya. Namun adakah anda sedar siapakah beliau disebalik kehidupannya dalam dunia saintis ini.




Sentiasa Mendapat Result Yang Sederhana Di Sekolah

Semenjak berusia 9 tahun, Hawking kebiasaannya mendapat keputusan tercorot di sekolah. Apa yang hebat pada diri beliau ialah membuka komponen jam dan radio. Namun dia hanya tahu membuka tapi untuk memasang semula adalah amat sukar baginya. Ayahnya bercita-cita untuk menghantar Hawking ke Oxford namun tanpa mendapat biasiswa itu adalah perkara mustahil. Mujurlah sewaktu peperiksaan biasiswa Hawking berjaya memperolehi hampir 100 peratus dalam kertas Fiziknya.



Benci Subjek Biologi

Ayah Hawking mempunyai hajat yang tinggi terhadap anaknya dan menggalakkan Hawking untuk mengambil jurusan perubatan. Namun Hawking terlalu benci kepada subjek Biologi kerana baginya biologi adalah subjek yang tidak mempunyai struktur yang tetap dan tidak selalunya tepat. Walaupun begitu dia memilih untuk mendalami Kosmologi berbanding Sub- Atom kerana baginya setiap cabang fizik walaupun berlainan nama tetapi konsepnya adalah sama. Hawking juga menyamakan cabang fizik dengan tanaman, di mana tanah kepada setiap pokok adalah sama, teknik yang sama cuma yang membezakan tanaman tidak menggunakan teori.




Merupakan Ahli Rowing di Oxford

Semasa di universiti Hawking merasa dipinggirkan dan terasing dengan komuniti. Lantas Hawking memilih untuk melibatkan diri di dalam sukan Rowing. Namun kerana beliau tidak mempunyai tubuh badan yang sasa beliau ditempatkan sebagai jurumudi. Semenjak itu Hawking semakin popular sehingga ada yang menggelarnya sebagai 'budak penuh cabaran'. Walaupun pasukannya berjaya menaikkan populariti Hawking namun pelajarannya agak terjejas berikutan latihan dan komitmen yang terpaksa dikorbankan.



Mewujudkan Teori Semesta Tanpa Sempadan (1983)

Hawking bersama-sama Jim Hartle berjaya membuktikan bahawa sempadan semesta adalah tidak terbatas. Ini merupakan kejayaan terbesar bagi dirinya. Beliau juga menyatakan yang semesta tiada batasan dalam ruang dan waktu. Bagaimanapun teori ini juga menyokong yang masa boleh diundur semula. Ditanya kepada beliau adakah masa boleh diundur, beliau menjawab tiada sebab untuk kita percaya kepada pengunduran masa kerana ia merupakan tenaga yang sudah ditetapkan. Untuk menukar ketetapan tenaga adalah mustahil.



Percaya Kepada Makhluk Asing

Pendapat Hawking berkaitan makhluk asing sangat dipercayai ramai kerana beliau sudah lama dalam cabang kosmologi. Baginya terdapat dua jenis makhluk asing iaitu organisma biasa dan organisma yang mempunyai akal seperti kita. Namun di luar sana penemuan demi penemuan hanyalah lebih kepada organisma biasa manakala organisma pintar belum lagi ditemui secara zahir. Hawking juga pernah mengumumkan kebarangkalian kewujudan makhluk asing di planet lain seperti yang disiarkan dalam rancangan Discovery yang bertajuk 'Into The Universe With Stephen Hawking'.