Warren Buffett, pelabur lagenda.
Forbes menganggarkan kekayaannya sekitar USD 44 bilion dan merupakan orang ketiga terkaya dunia.
Beliau mengumpulkan kekayaannya dengan membeli bisnes-bisnes yang menarik pada harga murah menerusi pasaran saham. Dia ulang sampai tua.
Berikut adalah 10 fakta menarik di sebalik kekayaannya
1. Pada usia 6 tahun dia menjual pek gula-gula getah. Setiap pek dapat untung 2 sen.
2. Kemudian dia menjual Coca Cola. Satu tin, untung 5 sen. Lebih menguntungkan.
3. Dia juga telah menjual akhbar Saturday Evening Post dan majalah Liberty ketika usia tersebut.
4. Dalam usia 9-10 tahun, dia dan rakannya Stu Erickson menjual bola golf terpakai sebelum dihalau keluar oleh polis dari padang golf Elmwood Park .
5. Menjual kacang dan pop corn ketika perlawanan (American) football di University of Omaha.
6. Pada usia 10 tahun, telah mempunyai simpanan sebanyak $120 (kira-kira $4,000 – $5,000 nilai hari ini) mula membeli saham Cities Service Preferred dengan menggunakan kakaknya sebagai proksi. Saham dibeli pada harga $38.25 sebelum jatuh kepada harga $27. Saham tersebut naik semula menjadi $40 dan dia menjualnya sebelum harga melonjak menjadi $202. Peristiwa ini merupakan titik tolak yang penting dalam hidupnya kerana dia mengalami “future loss” apabila bersikap tidak sabar dalam melabur.
7. Seterusnya, mula menjual akhbar Washington Post & Times-Herald. Selain itu dia juga menjual kalendar serta membeli semula akhbar dan majalah lama dengan pelanggannya. Pada usia 14 tahun telah memfailkan cukai sendiri dan telah mempunyai simpanan sebanyak $2,000.
8. Pada usia 15 tahun, membeli 40 ekar tanah pertanian di Thurston County, Nebraska pada harga $1,200 dan membuat perkongsian untung dengan pengusaha tanahnya.
9. Pada 1946 telah memperoleh $175 sebulan, menghidupkan semula bisnes bola golf dan pada usia 17 tahun, memulakan bisnes pinball machine.
10. Pernah rugi sebanyak $175 dalam judi lumba kuda pertamanya dan menjadi pengajaran berguna dalam aktiviti pelaburannya.
Pada 1950, memasuki University of Colombia setelah permohonannya untuk masuk ke University Harvard ditolak! Di situ dia berjumpa dengan sifu-sifunya, Benjamin Graham dan David Dodd.