Mari kita lihat apakah kaitan kuku dengan kesihatan diri anda.
Kuku Pucat
Jika kuku anda kelihatan pucat, ia mungkin adalah petanda kepada beberapa penyakit yang serius seperti anemia, kegagalan jantung kongestif, masalah hati dan tanda-tanda pemakanan tidak seimbang.Oleh itu tidak salah jika anda lakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor anda bagi memastikan perkara tersebut.
Kuku Putih
Jika warna kuku anda kelihatan putih dengan keadaan gelap di sekelilingnya, ini menunjukkan anda berhadapan dengan masalah hati seperti hepatitis.
Kuku Kekuningan
Selalunya jika kuku anda berwarna kuning, ia adalah disebabkan jangkitan kulat. Namun apabila jangkitan tersebut semakin parah, kuku anda boleh menjadi menebal dan tercabut. Walaupun kes sebegini jarang sekali berlaku, tetapi kuku yang kekuningan mungkin menandakan penyakit yang lebih serius iaitu seperti tiroid, paru-paru, kencing manis atau psoriasis.
Kuku Kebiruan
Apabila kuku anda berwarna kebiru-biruan, ia mungkin bermakna tubuh badan anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Ia juga mungkin menandakan terdapat jangkitan dalam paru-paru anda seperti pneumonia. Sesetengah masalah jantung juga boleh dikaitkan dengan kuku yang kebiruan.
Kuku Beralun
Jika permukaan kuku anda tampak beralun atau tompok berbintik, ia mungkin petanda awal penyakit psoriasis atau artritis radang. Perubahan warna kuku adalah perkara biasa dan anda boleh kulit di bawah kelihatan berwarna perang kemerahan.
Kuku Retak Atau Terbelah
Kuku yang kering, rapuh, sering retak atau terbelah seringkali dikaitkan dengan penyakit tiroid. Gabungan kuku retak atau terbelah dengan warna kekuningan adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
Kuku Mudah Bengkak
Jika kulit di sekitar kuku anda kelihatan merah dan membengkak, ia dikenali sebagai radang lipatan kuku. Ia mungkin disebabkan oleh gangguan tisu perantara. Malah jangkitan juga boleh menyebabkan kemerahan dan radang.
Garisan Gelap Di Bawah Kuku
Jika kuku anda mempunyai garisan gelap di bawahnya, anda harus lakukan pemeriksaan atau dapatkan rawatan secepat mungkin. Adakalanya ia terjadi sedemikian disebabkan melanoma, iaitu sejenis kanser kulit yang berbahaya.
Menggigit Kuku
Menggigit kuku mungkin merupakan satu kebiasaan tabiat tetapi dalam sesetengah kes, ia adalah tanda serius dan anda digalakkan untuk mendapat rawatan. Menggigit atau mencabut kuku juga turut dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, ia adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda.
sumber