24/12/12

Filled Under: , , , , ,

LIGER & TIGON - Harimau kacuk Singa

Sebenarnya, Liger dan Tigon tidak membiak di habitat semula jadi mereka. Sebabnya, Harimau dan Singa tak berpasangan/berkahwin di habitat mereka sendiri dan tak bercampur dengan spesis yg berlainan dari spesis mereka sendiri. sebab tu, Liger dan Tigon cuma mampu membiak melalui tawanan dan perkawalan manusia. Biasanya di kurung dalam satu tempat yg terdapat harimau dan singa. Liger dan Tigon merupakan haiwan hybrid, iaitu spesis yg berlainan jenis dikacukan menjadi satu.

Ada sesetengah orang berpendapat, Liger dan Tigon adalah klon, tapi hakikatnya, mereka bukanlah klon, tetapi mereka dipaksa untuk berkahwin dalam satu kurungan oleh manusia.

1.LIGER


mempunyai ciri2 lebih kepada singa seperti bulu2 yg lebat di bahagian kepala.

Liger lebih senang untuk dikacukkan berbanding Tigon kerana prosesnya adalah lebih mudah. Liger lebih besar berbanding Tigon dan ketinggiannya mampu mencecah 12 kaki.

Purata berat badan Liger adalah 450 kg ke atas, dan rekod dunia Liger paling berat adalah 720 kg sedangkan harimau biasa cuma mampu mencecah 270 kg berat maksimum manakala singa mampu mencecah berat hingga 220 kg shj dan Liger telah dianugerahkan sebagai spesis kucing paling besar di dunia.

Jangka hayat bagi Liger, seperti haiwan hybrid lain, adalah lebih pendek berbanding spesis normal mereka iaitu singa dan harimau kerana mudah terdedah kepada penyakit kanser dan bermacam-macam penyakit lain.

Liger boleh mengaum seperti singa dan harimau, tetapi lebih kepada bunyi ngauman singa. Liger juga mampu berlari selaju 80 km sejam hingga 96 km sejam maksimum.


2.TIGON



mempunyai ciri2 fizikal lebih kepada harimau seperti bentuk muka. Saiz badan Tigon adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Liger. Ada banyak keburukan mengenai Tigon berbanding Liger.

Jika harimau betina lebih kecil daripada singa, ini akan menyebabkan anaknya lahir mati atau akan dilahirkan pra-matang dan berkemungkinan tidak akan mampu bertahan untuk hidup kerana kekurangan ruang pada rahim untuk dibangunkan lebih jauh.

Pra-matang akan menyebabkan masalah kesihatan kepada yg terselamat. Tigon juga adalah sangat jarang dijumpai, dan cuma sikit sahaja yg wujud di seluruh dunia. Ini kerana agak sukar untuk harimau jantan dikahwinkan dengan singa betina. Tigon hampir menyerupai seperti Liger. Ia mempunyai belang yang pelbagai dan berwarna oren.

jangka hayat bagi Tigon adalah pendek oleh kerana ia haiwan hybrid jika dibandingkan dengan spesis normalnya kerana haiwan hybrid lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser.

Malangnya Liger dan Tigon tidak boleh disatukan bersama menjadi haiwan hybrid ketiga yg lain, kerana kebiasaanya Liger dan Tigon jantan semula jadinya dilahirkan mandul tapi Liger dan Tigon betina adalah subur menyebabkan hampir mustahil untuk dikahwinkan

Kacukan harimau dan singa tidak digalakan di seluruh dunia oleh kerana pelbagai penyakit yang bakal dihidapi Liger dan Tigon seperti kanser kerana ia adalah haiwan hybrid malah, jangka hayat kedua-dua spesis hybrid ini adalah pendek jika dibandingkan dengan spesis semulajadi mereka, iaitu singa dan harimau.