1). Pada sepanjang masa, terdapat 18,000 kilat yang masih dalam proses pembentukan diatas atmosfera bumi ini. Apabila menghentam bumi, kilat membawa bersamanya kuasa elektrik setinggi 100 juta volt! Satu lagi fakta tentang atmosfera bumi; Satu batu (1.6 kilometer) padu kabus, yang kita lihat begitu besar dan hebat di langit, sebenarnya dihasilkan oleh kurang daripada segelen air.
2). Pelangi terbentuk apabila matahari berada 40 darjah atau kurang, di atas garis horizon.
3). Saiz kapal terbang sekarang sangat besar. Untuk pengetahuan anda, sayap boeing 747 lebih panjang daripada kapal terbang pertama ciptaan adik-beradik Wright. Jet jumbo pula menggunakan 4,000 gelen bahan bakar untuk berlepas.
4). Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing. Sementara itu, seorang lagi penakluk agung, Napoleon Bonaparte mempunyai orang gaji khas yang tugasnya setiap hari ialah memastikan tidak ada kucing di dalam maharaja Perancis itu, sebelum beliau memakainya. Napoleon sebenarnya takut kepada kucing.
5). Semua cecair yang bergerak bebas di udara akan mengubah bentuknya menjadi bulat. Ini berlaku akibat tekanan yang dialami di setiap permukaannya.
6). Lebih kurang 98 peratus perisian komputer di China adalah tiruan.
7). Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke sebelah barat.
8). Gerard Hommel sudah enam kali mendaki Gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahayanya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.
9). Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.
10). Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
11). Kedudukan awan adalah lebih tinggi pada siang hari dibandingkan pada waktu malam.
12). Air hujan jatuh ke bumi dengan kelajuan 11 kilometer sejam,
13). Buluh boleh memanjang setinggi 90 sentimeter setiap hari,
14). Molekul air akan bergerak sepantas peluru raifal pada suhu bilik,
15). Alexander the Great menghidap penyakit sawan manakala Alfred Hitchcock tidak mempunyai pusat.
16).
Fakta menarik tentang haiwan: Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik. Sementara itu, landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air, angsa-angsa di England adalah harta permaisuri manakala buaya pula tidak boleh mengundur.
17).
Lagi keajaiban haiwan yang perlu kita ketahui: Iguana boleh berada di dalam air selama 28 minit, tenggiling lebih suka memakan anai-anai daripada semut, mana-mana lebah betina boleh menjadi permaisuri sekiranya ia boleh menghasilkan madu, dan semasa dilahirkan, anak beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja.