18/11/12

Filled Under: ,

Twitter perkenalkan perkongsian e-mel



SAN FRANCISCO: Twitter Inc memperkenalkan ciri terbaru pada perkhidmatan teks pesanan berkonsepkan satu-kepada-ramai global itu yang berkemampuan menghantar e-mel “tweets” secara terus daripada sistem aliran pesanan.

Ciri terbaru itu membuat kemunculan sulungnya ketika syarikat itu sedang menaik taraf aplikasinya yang digunakan pada perkhidmatan telefon pintar iPhone atau telefon pintar Android.
“Anda boleh menghantar semula “tweets” kepada pengikut Twitter anda. Tetapi ada kalanya anda mahu berkongsi dengan kumpulan lain, seperti rakan sebilik atau ibu bapa yang masih belum memiliki akaun Twitter.

“Susulan itu, kami memperkenalkan keupayaan menghantar e-mel “Tweet” anda yang boleh dihantar terus daripada twitter.com,” kata jurutera twitter, Stefan Filip menerusi kenyataan yang dipaparkan menerus blognya. - AFP