Buat semua rakyat jelata samaada di negeri Kelantan, Malaysia dan tidak kira di mana sahaja berada... AL-SULTAN KELANTAN, SULTAN MUHAMMAD V telah mengampuni perkenan membuka pintu Istana Negeri, Kubang Kerian kepada seluruh rakyat jelata selama 35 HARI bermula hari ini 01 Nov hingga 06 Dis 2012 bagi memeriahkan Ekspo MAIK sempena ulangtahun ke 100 penubuhannya.
Ekspo bertemakan 'Seabad Mendaulatkan Islam' mensasarkan 100,000 pengunjung. Pihak MAIK sebenarnya mencadangkan lokasi lain untuk ekspo ini tapi Tuanku Sultan menitahkan agar ekspo ini diadakan di Istana Negeri. Ia adalah satu SEJARAH kerana rakyat jelata semua dijemput ke Istana bermula jam 9 pg hingga 6 ptg setiap hari. Ratusan artifak bersejarah juga turut akan dipamerkan seperti replika rumah dan pedang RASULULLAH SAW dan banyak lagi.
Hos penyiar majlis ini ialah TV ALHIJRAH dan pelbagai program utk pengunjung bersama pihak TV ALHIJRAH juga turut diadakan. Dan sebagai tanda cakna unutk golongan 'saudara baru',org asli dan golongan kurang mampu pula, sebanyak 40 gerai jualan turut disediakan di halaman istana termasuk gerai pameran/jualan dari agensi kerajaan & swasta. Cuma untuk pameran didalam istana anda diminta menanggalkan kasut dan beg plastik khas akan diberi kepada setiap penunjung bagi menyimpan kasut.
DAULAT TUANKU!!! ALLAHUAKBAR!!!