8/11/12

Filled Under: ,

2.7 juta tonton filem Osama


Babak dalam filem pembunuhan Osama.

WASHINGTON - Tayangan perdana filem aksi pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden oleh sekumpulan Komando Amerika Syarikat (AS) Ahad lalu, berjaya mencatat 2.7 juta penonton.

National Geographic Channel melaporkan, filem Seal Team Six:The Raid on Osama bin Laden pernah mencetuskan kontroversi apabila pihak penerbit ingin melakukan tayangan perdana itu dua hari sebelum pemilihan Presiden AS.

Filem berdurasi 90 minit tersebut ditaja oleh jutawan Hollywood, Harvey Weinstein yang juga penyalur utama dana kepada bekas Presiden Barack Obama.

Sementara itu, jutawan media, Rupert Murdoch mengakui, filem tersebut adalah siaran terbaik untuk tahun ini.

"Filem ini adalah filem keenam mencatat rating tertinggi dalam sejarah penyiaran di AS," katanya.

Menurutnya, penayangan filem ini memberi impak terhadap politik di AS. - AFP


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global...osama-1.101683