10/11/12

Filled Under: , , ,

Buku paling tebal di dunia

Buku adalah sumber rujukan dan ilmu yang penting bagi kita untuk menambah pengetahuan. namum kini buku lebih sinonim untuk zaman persekolahan sahaja. Apabila meninggalkan dunia persekolahan, setahun sekali pon belum tentu kita menbelek sebuah buku. Ini ada cerita sedikit tentang buku, bukan nak suruh korang baca nuku, tetapi pasal buku yang paling tebal di dunia.

Nombor 2 TERTEBAL (LEBIH 5000 MS)

Biasanya, kalau buku setebal 300-400 muka surat pun mata dah ke lain, cuba bayangkan kalau korang baca buku Wikipedia yang setebal lebih 5000 muka surat hasil daripada Rob Mathew ni, agak-agak memang tak buka langsung kan? Buku ini mempunyai segala maklumat ringkasan artikel daripada Wikipedia yang telah dicetak..Buku ini mempunyai ketinggian kira 47.5 cm dan mempunyai lebih 5000 muka surat..

Menurut Rob Mathew, walaupun buku ini tebal, ia hanya mempunyai pengisian sebanyak 0.01% peratus daripada seluruh artikel di dalam Wikipedia..Cuba bayangkan kalau kesemua artikel Wikipedia di bukukan semuanya? Entah-entah, jadi lagi tinggi apa..







sumber drysheetr


Buku paling tebal di dunia (10,119 MS)

Dalam Sambutan Iowa City yang dinamakan “City of Literature” oleh UNESCO, Dr. Alphabet (Dave Morice) ditaja oleh Sackter House Media telah menyiapkan yang terbesar, terpanjang sekaligus memecahkan rekod dunia maraton puisi dengan mencipta 100 volume work dengan 10,000 muka surat dalam masa 100 hari.

Maraton adalah kemuncak bagi pameran selama empat bulan di Perpustakaan Utama, University of Iowa  bagi menperingati sejarah Bengkel Penulis Universiti  Iowa dan Pergerakan Puisi Actualist.

Teks akhir dengan 10,119 muka surat dicetak oleh Bu Wilson dan dijilid oleh Bill Voss, UI Jabatan Perpustakaan Pemeliharaan. Ukuran jilidan ini adalah 8 1/2 x 11 x 24 inci dan mungkin juga adalah buku paling tebal yang pernah dijilid.