8/11/12

Filled Under: ,

Honda Jet : Pesawat Terbang Pertama Keluaran Honda

Syarikat automotif terkemuka dunia, Honda kini sedang mula mencuba pasaran produk baru. Kini, produknya bukan sahaja terhadap terhad kepada pengangkutan darat, malah terbuka kepada pengangkutan udara hasil daripada produk terbarunya iaitu penghasilan sebuah jet peribadi yang diberi nama Honda Jet HA-420.




Jet peribadi keluaran Honda ini boleh memuatkan seramai 6 orang penumpang dan cukup sesuai untuk dijadikan pengangkutan bagi percutian keluarga yang inginkan layanan setaraf VIP dan selesa yang mungkin.

Honda Jet Ha-420 ini mempunyai reka bentuk yang unik bermula daripada bahagian enjin, bahagian sayap dan bahagian komponen pesawat yang lain.

Ia direka dengan tujuan untuk mengurangkan daya geseran sewaktu penerbangan serta mengekalkan kelajuan yang memberangsangkan iaitu 483 mph.




Dengan sistem penerbangan yang direka dengan rekaan terbaru daripada Garmin G3000 dan dua enjin jet kipas turbo HF20 yang dipasang pada bahagian sayap, anda akan merasakan yang pesawat HondaJet HA-420 merupakan pesawat yang paling berjaya dalam kelasnya.

HondaJet pernah membuat penampilan sulungnya pada Disember 2003.

Ia dipaparkan kepada umum pada Julai 2005 di sebuah pertunjukan udara, EAA AirVenture yang telah diadakan di Oshkosh, Wisconsin.

Dengan gabungan beberapa bahan komposit yang ringan, enjin yang cekap, reka bentuk yang aerodinamik, HondaJet dikatakan mampu mencapai kecekapan bahan api sehingga 35%berbanding pesawat lain seumpamanya.

Dengan gelaran "pesawat peribadi yang paling ringan", HondaJet HA-420 kini sudah berada di tahap pemasangan akhir dan akan diuji pada awal tahun 2013 dengan anggaran harga sebanyak US$4.5 juta sebuah.