Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan. Sejak tahun kelapan kerasulan Nabi Muhammad SAW, baginda menjadikan Masjidil Haram sebagai tempat ibadah umat Islam. Oleh hal yang demikian itu, masjid itu menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia melakukan ibadah haji, umrah, solat dan menuntut ilmu. Mereka datang daripada pelbagai mazhab.
Di tengah-tengah Masjidil Haram terletaknya kaabah. Bangunan terpenting dalam Masjidil Haram adalah kaabah.
Ia berbentuk kiub dan disebut juga Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno) dan Baitulharam (Rumah Suci). Di dalam masjid ini juga terdapat makam Ibrahim (bekas tapak kaki Nabi Ibrahim a.s pada batu ketika membina atau mendirikan kaabah), hajar aswad (batu hitam) dan telaga zamzam.
Telaga zamzam kini dipamerkan di Muzium Senibina Dua Masjid Suci Mekah dan Madinah yang sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah. |
Masjidil Haram – sebuah kompleks bangunan yang berbentuk empat persegi yang mengelilingi kaabah. Masjid ini terletak di atas tanah empat segi di tengah-tengah kota Mekah.
Keadaan Masjidil Haram pada masa nabi dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah. Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiah.
Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil. Berikutan tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam, Masjidil Haram hingga kini terus menerus diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi.
Di sekeliling masjid itu terdapat tujuh menara yang menjulang tinggi. Ketujuh-tujuh menara itu masing-masing mempunyai nama iaitu Bab al-Umrah, Bab al-Hazurah, Bab as-Salam, Bab az-Ziadah, Bab al-Ali, Sulaimaniah, dan Kait Bai. Menara-menara itu turut menjadi model masjid di seluruh dunia.
Kepentingan Masjidil Haram Bagi Umat Islam.
Masjidil Haram memiliki keutamaan yang tersendiri bagi umat Islam. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa”. (riwayat ad-Darimi, an-Nasaie dan Ahmad)
Telaga zamzam terletak di bahagian tenggara Kaabah dengan kedalaman kira-kira 45 meter (m). Telaga itu juga disebut Telaga Ismail.
Pada masa Abdul Mutalib sebagai pembesar Mekah, telaga ini tertutup tanah. Beliau melakukan penggalian dan seterusnya telaga ini berada di bawah pengawasannya.
Masjid ini ditutupi dengan atap dan dilengkapi dengan menara, tiang-tiang kecil tempat lampu penerang, dan kubah-kubah kecil (152 buah). Tiang setinggi sekitar 6m dan berdiameter kira-kira 0.5m berjumlah 589 buah.
Setiap tiga tiang diselangi dengan satu tiang besar dengan ketebalan sekitar 1.2m. Di bahagian utara pula terdapat satu tiang merah dan satu tiang abu-abu kemerah-merahan, manakala di bahagian timur terdapat dua tiang abu-abu.
Di bahagian loteng atau lelangit terdapat ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran dan perhiasan. Pada bahagian tembok pula terdapat batu inskripsi yang bertuliskan Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Asma ul Husna.
Masjidil Haram memiliki 19 pintu gerbang yang sering terbuka dan juga mempunyai nama-nama antara lain:
(1) Bab as-Salam (pintu salam), disunnahkan masuk ke masjid menerusi pintu ini bagi orang yang pertama kali memasukinya dan akan melakukan tawaf;
(2) Bab as-Safaa (pintu Safaa), pintu keluar menuju bukit Safaa untuk melakukan saie;
(3) Bab as-Su’ud (pintu su’ud);
(4) Bab al-Umrah (pintu umrah), biasanya dimasuki oleh orang yang mengerjakan umrah ketika melakukan tawaf; dan
(5) Bab Bani Syaibah (pintu Syaibah), sekarang pintu itu tidak wujud lagi kerana termasuk dalam pelan perluasan kawasan kompleks masjid itu untuk jemaah haji melakukan tawaf.
Masjidil Haram memiliki 19 pintu gerbang yang sering terbuka dan juga mempunyai nama-nama antara lain:
(1) Bab as-Salam (pintu salam), disunnahkan masuk ke masjid menerusi pintu ini bagi orang yang pertama kali memasukinya dan akan melakukan tawaf;
(2) Bab as-Safaa (pintu Safaa), pintu keluar menuju bukit Safaa untuk melakukan saie;
(3) Bab as-Su’ud (pintu su’ud);
(4) Bab al-Umrah (pintu umrah), biasanya dimasuki oleh orang yang mengerjakan umrah ketika melakukan tawaf; dan
(5) Bab Bani Syaibah (pintu Syaibah), sekarang pintu itu tidak wujud lagi kerana termasuk dalam pelan perluasan kawasan kompleks masjid itu untuk jemaah haji melakukan tawaf.