9/06/11

Filled Under: , , ,

Sejarah Komputer Dan Internet ( Part 1 )

PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA


'The Electronic Colossus' sedang digunakan untuk D-Day, 6 Jun 1944

Sir Harold Thomas Flower. Dia adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.




NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA


ENIAC Sedang Digunakan

ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Komputer ini beratnya 60,000 paun dan besarnya meliputi satu bilik yang besar. ENIAC selesai dibina pada tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Akan tetapi komputer ini tidak boleh menyimpan data.



ORANG TERKAYA DIDUNIA KERANA PERISIAN KOMPUTER


Bill Gates Pada 1983

William Henry Gates atau lebih dikenali sebagai Bill Gates adalah orang terkaya di dunia selama 12 tahun terakhir ini (menurut majalah Forbes). Gates adalah pengasas dan ketua syarikat Microsoft yang bergerak dibidang perisian. Dia juga adalah pengasas syarikat Corbis yang bergerak dibidang arkib citra digital.



SERANGGA DALAM KOMPUTER

Serangga, atau dalam bahasa Inggerisnya 'Bug', memang bisa saja masuk dalam CPU komputer. Tapi yang dimaksudkan serangga atau bug bagi komputer bukanlah serangga hidup.

'Bug' adalah kesalahan atau kegagalan dalam program komputer sehingga tidak berjalan sebagaimana mestinya. Contohnya, saat kita sedang bermain game, tiba-tiba komputer 'hang' atau tersekat. Bug biasanya terjadi kerana kekurangan perhatian programmer dalam menulis program, boleh juga kerana suatu program yang memerlukan ingatan 128 MB dan komputer dengan memori 64 MB dipaksa untuk menyimpan program dengan memori sebanyak itu sehingga terjadi kegagalan kerana kekurangan memori.



KOMPUTER BUG PERTAMA


Komputer Bug Yang Pertama

'Bug' pertama adalah rama-rama. Pada tahun 1945, Grace Murray Hopper dan pasukannya sedang bekerja pada komputer kalkulator 'Relay Aiken Mark II' dari Universiti Harvard. Kemudian komputernya bermasalah. Setelah mencari puncanya, ternyata ada lebah pada Relay #70 dalam panel F. Lebah tersebut kemudian dihapuskan. Sejak saat itu istilah bug digunakan sebagai kerosakan dalam kerja komputer. Istilah menyingkirkan bug tersebut dinamakan 'debug'.



MODEM PERTAMA


1958 Modem From AT&T


The Bell 103

Sekitar tahun 1950an, bahagian pertahanan udara Amerika Syarikat telah meminta utk diciptakan alat untuk menghantar data melalui telefon. Modem komersial pertama dibuat 'AT&T' dan dilancarkan 'Bell 103' pada tahum 1962 dengan kelajuan 300 bit / saat. Pada tahun 1996 sudah ada modem dengan kelajuan 56,000 bit/saat.



PERMAINAN KOMPUTER (GAME)


Imej Permainan Komputer 'Spacewar' pada tahun 1961 oleh Steve Russell

Pada tahun 1947 dianggap sebagai tahun ketika game
(permainan) pertama kali dimainkan pada tabung CRT. Ianya masih sederhana iaitu tentang pesawat yang harus menembak suatu sasaran. Saat itu grafik belum boleh digambarkan secara elektronik pada layar CRT.

Tahun 1950an, game dengan grafik pertama dibuat iaitu Tic-Tac-Toe. Kebanyakan game komputer awal dibuat oleh Universiti. Tahun 1960an dibuat game Spacewar yang dimainkan oleh dua orang. Ini adalah game pertama yang dijual secara meluas dan langsung menjadi game yang paling digemari saat itu.

Kemudian dibuat game yang boleh dimainkan dilayar televisyen. Game ini namanya 'Chase' oleh penciptanya yang kemudian dikembangkan menjadi game yang memuatkan beberapa permainan. Tahun 1970an, game 'Odyssey' dikeluarkan merupakan video game pertama. Syarikat permainan 'Atari' mencipta game permainan pingpong yang laku keras. Kemudian game mula dibuat portable. Taito mencipta game 'Space Invaders' atau game penembak pesawat makhluk asing (alien). Ini adalah game pertama yang disebut era keemasan game.



PERMAINAN KOMPUTER YANG TERMAHAL


PDP-1


Imej Permainan Komputer 'SHENMUE'

Aada juga permainan komputer yang diperbuat dari emas 18 karat dan sekeliling layarnya bertatahkan berlian. Gameboy ini dibuat oleh Aspreys dari London, harganya $25 juta. Ini adalah gameboy termahal yang pernah dijual. PDP-1 yang dijual dengan game Space Wars dan dibuat 1960, harganya $120 juta yang sekarang setara dengan $760 juta. Ini adalah system game termahal yang pernah dijual.

Permainan komputer 'Shenmue' dihasilkan selama 7 tahun sehingga tahun 1999 dan kos pengembangannya lebih daripada $ 20 juta. 'Shenmue' dihasilkan untuk Dreamcast oleh Sega. 'Shenmue' adalah game paling realistic yang ada dipasaran ketika itu dan merupakan game komputer termahal yang pernah dijual.



Mouse Pad Termahal Di Dunia


Mouse Pad Termahal Di Dunia

'Mouse pad' atau 'pengalas' untuk mouse digunakan untuk permukaan menjadi rata dan mouse komputer bole digunakan dengan baik. Ada sebuah mouse buatan tangan yang dibuat di Inggeris untuk Formula 1 oleh seorang teknisinya. Mouse pad ini terbuat dari fiber karbon padat. Harganya sekitar $489 USD. Ini adalah mouse pad termahal didunia yang pernah dijual.



KEDAI KOMPUTER PERTAMA


Kedai Milik Dick Heiser

Pada bulan juli 1975, Dick Heiser membuka kedai komputer pertama yang dinamakan "The Computer Store" di California. The Komputer Store menjual peralatan komputer, buku dan majalah yang berkaitan dengan komputer.



VIRUS KOMPUTER YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN TERTINGGI


Virus 'iloveyou'

Pada tahun 2004 SCO Group Inc. di Colorado diserang DDOS dari virus 'MyDoom Worm'. Merosot hingga $ 38.5 bilion. SCO Group menghadiahkan $ 250 ribu atau sekitar untuk menangkap pembuat virus 'MyDoom.B'. Virus lain yang telah diketahui menyebabkan kerugian besar adalah virus 'SoBig' yang menyebabkan kerugian $37.1 bilion, virus 'Love Bug' menyebabkan kerugian $15 bilion dan virus 'Code Red' yang menyebabkan kerugian sehingga $2 bilion.



KAREKTER KOMPUTER YANG PEMBIAYANNYA PALING MAHAL


Gollum

Gollum, adalah salah satu watak dalam filem 'The Lord of Ring' yang dibuat oleh WETA Digital. Dengan lebih dari 200 ekspresi wajah dan 300 gerakan otot, ini adalah watak komputer termahal yang pernah dihasilkan.



WEB BROWSER PERTAMA


'WorldWideWeb'


'Mosaic' Web Browser

NCSA Mosaic dibuat oleh Marc Andreesen dari National Centre for 'Supercomputing Applications' pada bulan April 1993 untuk keperluan khusus. Tapi 'WorldWideWeb' yang dibuat Tim Berners-Lee pada bulan Disember 2000 dianggap sebagai web browser pertama kerana penggunaannya yang luas. Namanya kemudian ditukar jadi Nexus. Pada bulan Oktober 1994, Netscape mengeluarkan versi beta dari Mozilla dan menjadi web browser komersil pertama.



WEB SITE PERTAMA


Web Site Pertama yang memaparkan sendiri projek WWW tersebut

Sir Timithy John dari "Pasukan" Berners-Lee adalah orang pertama yang menciptakan world wide web pada Ogos 1991. Web site beliau adalah http://nxoc01.cern.ch.



WEB SITE KOMERSIL PERTAMA






'Global Network Navigator Web Page'

Pada bulan Oktober 1994 'HotWired' mulai berfikir untuk menerima pemasangan iklan di internet kerana internet sekarang sudah digunakan oleh masyarakat secara luasnya. AT&T telah memasang banner 468 x 60 yang dipasang di halaman site 'HotWired' . Ini adalah keuntungan pertama yang diperolehi dari internet. Pada tahun 1993 Dale Dougherty melancarkan 'Global Network Navigator' yang dibeli AOL tahun 1995, inilah yang dianggap sebagai web site komersil pertama.



WEBCAM YANG PERTAMA


The First Webcam

Pada tahun 1991, Paul Jardetzky, Qunetin Stafford-Fraser dan mahasiswa Cambrige University membuat program untuk menampilkan gambar secara on-line. Pada tahun 1993, web yang baru tersedia secara luas untuk semua pengguna internet.

0 comments:

Catat Ulasan