Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia." "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya." "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain." "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan." "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan." "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa." "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka." "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri." "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai." "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya."

Kaedah mendapatkan Semula Barang Yang Hilang mengikut Cara Islam



Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.


Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;



(1)

Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang
hilang atau dicuri.


Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.


ِ َٓ َ ِا در ، ل ٓ ا دار َ وَ ، ل َ ا يد َ َ ُ َاِ
ََُْٓ ِ
َِ. َ ْ ِ ِ ا ا َ َ را َ ، َ ِ َ ْ ِٕاوَ كء َ َ ْ ِ َ ِ َ
ْ



Ya Allah engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada
orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang
kepada tuannya. Ya Allah, kembalikanlah kepada saya barang-
barang saya yang hilang kerana barang-barang itu adalah
pemberian Mu kepada hamba Mu. Ya Allah wahai yang paling
mengasihani daripada segala yang mengasihani.




Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;


ِ َٓ َ ِا در ، ل ٓ ا دار َ وَ ، ل َ ا يد َ َ ُ َاِ
ََُْٓ ِ
َِ. َ ْ ِ ِ ا ا َ َ را َ ، َ ِ َ ْ ِٕاوَ كء َ َ ْ ِ َ ِ َ
ْ



a. Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah

supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang,
kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b. Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama,
berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai
mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17)
. Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan
Yaasin daripada mula.

c. Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan
ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik
membaca Yaasin daripada mula.


d. Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah
balik membaca Yaasin daripada mula.



e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua,
ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian
patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f. Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua,ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69).

Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28
kali.




Tambahan

Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan
ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui
barang telah hilang.


Kredit to : www.darussyifa.org


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors