25/06/11

Filled Under: ,

Lelaki Berkahwin Pada Usia 99 tahun


ROCHESTER: Gilbert Herrick tidak pernah mahu berkahwin kerana belum bertemu dengan wanita sesuai dengannya, sehinggalah beliau berusia 98 tahun.

Kini berusia 99 tahun, veteran Perang Dunia Kedua dan seorang pesara kakitangan pos dari barat New York baru-baru ini mengahwini Virginia Hartman, 86, seorang balu lima anak.




Gilbert memberitahu akhbar Demokrat dan akhbar Chronicle of Rochester bahawa pertemuan pertama beliau dan isterinya berlaku pada 2010 di sebuah dewan di Hospital Masyarakat Monroe, iaitu rumah penjagaan orang tua di mana kedua-duanya tinggal. Selepas pertemuan itu beliau melawat Virginia hampir setiap hari.

Gilbert berkata mereka mahu berkongsi sebuah bilik, namun peraturan kemudahan itu tidak membenarkannya kecuali pasangan itu berkahwin. Virginia kemudian bertanya jika Gilbert mahu berkahwin dan beliau bersetuju. Mereka berkahwin pada 6 Jun lalu dengan dihadiri keluarga besar Virginia. – AP