29/10/11

Filled Under: , ,

MahaRaja Lawak Mega - Minggu 01

Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega. Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka. Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000. Menurut Pengurus Pakej Mustika, encik Nizam Sani, senarai peserta yang dipanggil adalah berdasarkan tawaran yang diberikan oleh pihak Astro dan kumpulan pula terbentuk berdasarkan pemilihan mereka sendiri. “Kami member kebebasan untuk mereka sama ada untuk bertanding secara solo atau berkumpulan, ikut keselesaan mereka kerana keserasian itu dibentuk sendiri oleh peserta. Rancangan ini menjanjikan pelbagai kelainan menerusi penyampaian dan cara yang bakal ditonjolkan oleh setiap peserta. Hingga pada penghujung rancangan ini nanti, kita bakal menemukan juara yang akan bergelar “Otai Segala Otai”,”jelas Nizam Sani.


Kumpulan Anje


Kumpulan Syok


Kumpulan Bawel


Kumpulan Pimai


Kumpulan Rap


Kumpulan Saehu


Kumpulan Boboi


Kumpulan Comel


Kumpulan Osbon


Adlin


Kumpulan Lanun


Kumpulan Gebu


Kumpulan Caer


Jalil Hamid


Kumpulan 3G


Kumpulan BP


Kumpulan Hiro