25/10/11

Filled Under:

Biodata Muammar Gaddafi



Biodata Muammar Gaddafi

MUAMMAR Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi
atau lebih dikenali dengan panggilan Kolonel Muammar Muhammad al-Gaddafi dilahirkan pada 7 Jun 1942 merupakan seorang pemimpin politik dan revolusi Libya.

Beliau menjadi Presiden Libya semenjak menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpuhan darah pada 1969 dan menjadi pengasas Republik Sosialis Arab Libya.

Gaddafi menjadi presiden selama hampir 42 tahun membuatkan beliau antara pemimpin terlama memerintah dalam sejarah dunia.

Ideologi Gaddafi dipanggil Teori Antarabangsa Ketiga dan dihuraikan dalam Buku Hijau. Buku ini telah disebarkan ke seluruh dunia secara percuma.

Gaddafi dikatakan pernah menaja beberapa kumpulan pemberontak termasuk Gerakan Moro di selatan Filipina.

Beliau pernah berikrar memusnahkan senjata pemusnah WMD.

Ekoran komitmen itu, pada 15 Mei 2006, Setiausaha AS, Condoleezza Rice mengumumkan pemulihan hubungan diplomatik Amerika Syarikat-Libya.

Pada awal Februari 2011, bantahan politik muncul dibeberapa negara Asia Barat seperti Tunisia, Mesir dan bahagian lain dunia Arab, turut melanda Libya.


Pasukan tentera pemberontak menentang kerajaan Gaddafi telah bertukar menjadi perang saudara.

Gaddafi berikrar "mati syahid" jika perlu dalam perjuangannya dalam menentang tentera pemberontak dan kuasa luar.

Beliau menyatakan mereka yang memberontak terhadap kerajaannya perlu dibunuh.

Bagaimanapun, pada 17 Mei 2011 Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan permohonan waran tangkap terhadap Gaddafi atas sebab melakukan jenayah terhadap manusia.

Pada 27 Jun, permohonan tersebut diterima dan waran dikeluarkan terhadap Gaddafi dan anaknya Saif al-Islam.

Pada Ogos 2011, Gaddafi terus diburu oleh tentera pemberontak namun beliau dan tujuh anak lelakinya berjaya melarikan diri.

Pada hari Khamis, (20 Oktober 2011) Gaddafi berjaya dikesan di kampung asalnya di Sirte.


Beliau terbunuh selepas terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu.

Gaddafi mati ditembak sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.

Rakyat di Tripoli Libya meraikan berita kematian Gaddafi.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematian Gaddafi menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

sumber:http://mstar.com.my/berita/luar_nega...ar_luar_negara