Mutiara Kata

"Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.# melayu boleh" "Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.# melayu boleh" "Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.# melayu boleh" "Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.# melayu boleh" "Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.# melayu boleh" "Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.# melayu boleh" "Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.# melayu boleh" "Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.# melayu boleh" "Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.# melayu boleh" "Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.# melayu boleh" "Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.# melayu boleh" "Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.# melayu boleh"

Dihalau Isteri Kerana Miskin



GOMBAK: Hanya kerana tidak mampu memberi kemewahan selepas enam tahun berkahwin, seorang isteri menghalau suaminya dari rumah mereka di Taman Seri Gombak, di sini dua hari sebelum sambutan Deepavali lalu.

Lebih menyedihkan, teksi yang menjadi sumber rezeki suaminya turut dirampas.

Sebaik dihalau, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa menumpang tidur di perhentian bas di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, lelaki itu pulang semula ke rumahnya untuk berbincang dengan isterinya secara baik namun dia dipukul adik iparnya yang berang sebaik mendapati mangsa pulang ke rumah itu, kelmarin.

Mangsa yang sedih dan buntu dengan insiden itu terpaksa memberitahu ibunya sendiri untuk meminta bantuan.

Sumber berkata, mangsa dipujuk pulang ke rumah ibunya di Selayang, namun dia sekali lagi diserang keluarga isterinya di depan rumah keluarganya itu dan diminta menceraikan isterinya kerana tidak mampu memberi kemewahan

Dalam kejadian yang berlaku jam 10 pagi itu, mangsa dikejutkan dengan kehadiran isteri, ibu mentua dan adik ipar yang menjerit dari luar rumah meminta mangsa menceraikan isterinya.

“Ibu mangsa dikatakan mententeramkan ketiga-tiga mereka namun dimaki-hamun selain diugut akan dicederakan dengan kayu dan cangkul yang dipegang adik ipar mangsa,” katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mahu berbuat demikian kerana mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil walaupun sering dihalau isterinya beberapa kali.

Menurutnya, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu mententeramkan keadaan dan menasihati keluarga isterinya beredar.

“Isteri dan adik ipar mangsa dikatakan turut merampas telefon bimbit mangsa.

“Adik ipar mangsa dikatakan turut mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu menceraikan kakaknya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Harta atau Cinta ?

Yang mana satu lebih penting, harta atau cinta? dua-dua benda ni adalah perkara yang sering menghantui hidup kita. Namum adakah tanpa harta, sebuah cinta itu tak bermakna. fikir-fikirkan. Orang kata kalau ada duit semua benda boleh dibeli, adakah cinta pun boleh dibeli dengan harta yang bertimbun. So sad, jika orang yang berharta itu telah menbeli cinta, tunggu nanti bila sudah jatuh miskin, kau tak mampu lagi nak bayar untuk cinta itu. Kemana kau nak mencari...

Memang tak dinafikan harta dan cinta adalah penting, tetapi itu masing-masing punya pendapat yang mana lebih penting. Jika tiada harta cuma berlandaskan cinta. Macam mana nak hidup. Dunia sekarang semuanya duit. Tiada duit kita boleh kemana, nak masuk tandas pun nak kena bayar. Tapi hati kita selalu tenang kerana ada sebuah cinta yang selalu disisi. Sanggup ke korang berlapar kerana cinta...

Bagi aku kedua-duanya penting. Tetapi atas diri sendiri untuk meletakan yang mana lebih penting. Jika kita terlalu sibuk mengejar harta, tapi anak bini kita terbiar. Macam tak ada makna hidup kita ini. Namum sebaliknya pula, jika kita terlalu mengejar cinta, tak peduli pasal kerja, sampai lingkup, semata-mata nak bersama dengan orang tersayang jer. Korang nak bagi makan apa anak orang tue...hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Facebook Fan Page

nuffnangx

Banner Exchange

Blog Tool

CK Free Auto Backlink Melayu Boleh Google PageRank Checker Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free

Cbox

Return to top of page Copyright © 2013 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors