15/10/11

Filled Under: , , ,

Anak ditemui melalui facebook


KANGAR: “Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit,” kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu.

Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang.

“Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu dengan Nurul bersama kawannya dikenali sebagai Amira di pasar malam itu.

“Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya.

“Saya memberi kebebasan kepada anak menggunakan Internet termasuk melayari facebook tetapi kata laluannya saya simpan bagi memudahkan pemantauan,” katanya

sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/20...024710/Article