7/09/13

Filled Under: , , , , ,

Lagenda Emas Yamashita

Harta karun Jeneral Yamashita adalah harta karun yang dirampas oleh tentera jepun pada perang dunia kedua.Harta ini dikumpul oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita yang menguasai Malaysia,Singapura,Vietnam,Filipina,Thailand dan Indonesia.

Dikatakan lokasi harta karun ini terletakdi sebuah pulau dalam Wilayah Mindanou di Filipina. Ketika Yamashita berkuasa,jepun telah melakukan sebuah operasi yang dikenali sebagai operasi GOLDEN LILY.

Lagenda Emas Yamashita

Lagenda Emas Yamashita

Operasi ini bertujuan menyediakan dana perang bagi Jepun, dan mereka mula mengumpulkan emas dan pelbagai barangan bernilai lain dari setiap daerah jajahan. Bagaimanapun setelah jepun kalah,dikatakan harta karun tersebut masih terkubur rapi di bawah tanah walaupun sebahagian sudah ditemui. Emas yang dikumpul dalam operasi Golden Lily dikatakan mencecah 6000 tan dan bersamaan berbilion ringgit.

Lagenda Emas Yamashita