Kisah misteri yang jarang kita dengar tentang Sunagi Belait, Brunei.
Sungai Belait, Brunei. 1938
Pada tahun 1933, sekumpulan pembalak tempatan menemui sebatang pokok balak yang tumbang dihanyutkan di tebing Sungai Belait.
Pohon Merbau yang tumbang itu cuba dipotong dan dipindahkan untuk mendapatkan balaknya tetapi mereka telah menemui sesuatu yang menakutkan.
Baru separuh mereka potong, bau busuk and lendir keluar dari batang Merbau itu. Mereka pun tinggalkan balak tu ditepi sungai Belait.
5 tahun selepas itu British Surveyor datang memeriksa penemuan itu menurut dari apa yang diberitahu oleh pembalak-pembalak itu.
Kayu Merbau yang dijumpai oleh pembalak itu dipotong lagi beberapa inci dari tempat yang telah dipotong dahulu. Dan amat mengejutkan apabila mereka mendapati di dalam batang kayu balak itu ada rangka-rangka manusia. Ada empat biji tengkorak manusia dan satu rangka manusia yang lengkap di dalamnya.
Namum bagi masyarakat Borneo , pengebumian mayat didalam 'tajua' atau keranda atas pokok adalah biasa. Mereka selalu kebumikan mayat mayat di dalam batang pokok. Namum penemuan kayu Merbau di Sungai Belait ini lain. Penuh Misteri kerana pokok tu masih hidup. Mayat-mayat yang ditemui itu telah mati lebih kurang 50 tahun sebelum itu, iaitu kira-kira pada tahu 1883. Pokok itu tumbuh tegak dan tumbang ke Sungai Belait dan lau dihanyutkan.