12/09/13

Filled Under: ,

Hong Kong lancar bas elektrik

HONG KONG - Hong Kong melancarkan perkhidmatan bas elektrik pertama sebagai langkah mengurangkan pencemaran udara di bandar itu.

Pengangkutan awam itu menggunakan bateri litium besi fosfat (LFP) yang memerlukan tiga jam untuk dicas sebelum memulakan perjalanan sejauh 180 kilometer.

Setiausaha Alam Sekitar, Wong Kam-shing berkata, kerajaan melabur HK$180 juta (RM76 juta) untuk membeli 36 bas elektrik di bawah rancangan perintis menjelang akhir tahun depan.

"Bas menggunakan kuasa bateri adalah masih teknologi baru. Kita membuat pembaharuan itu secara berperingkat," katanya dipetik dari laporan AFP.

Mei lalu, teksi elektrik pertama turut dilancarkan di bandar selatan China.