12/09/11

Filled Under:

Wang Hantaran, Ada Bran!!!

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

***TETAPI YG DEGREE KE ATAS KALAU XPANDAI "MASAK" AUTOMATIC AKAN DI TOLAK 50% DRPD NILAI BIDAAN***


HANTARAN hanyalah tradisi @ adat yang telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. Sedangkan tidak ada 1 dalil pun di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah yang menyatakan mesti menyediakan pemberian HANTARAN untuk pengantin wanita.

Rasulullah menyarankan agar kita mempermudahkan urusan perkahwinan, dengan merendahkan nilai Mas Kahwin dan menyegerakan walimah [ Kenduri Kahwin]. Andai pengantin lelaki dibebani dengan urusan menyediakan Wang Hantaran berupa serba satu, serba dua atau belanja hangus, atau terpaksa menyediakan belanja kenduri, ini satu bebanan yang hanya akan melambatkan proses pernikahan itu.

Kalau pihak Lelaki tidak mampu menyediakan wang Hantaran ini, bermakna tak dapatlah dia kahwin . Tak dapatlah dia berkahwin untuk menjaga kesucian diri dan kemurnian maruahnya?

Kekadang, jadi macam satu perlumbaan antara satu keluarga dengan keluarga yang lain, perawan manakah yang lebih tinggi nilai hantarannya..

Maka ia telah jauh daripada Ruh Islam yang yang inginkan kita saling bantu membantu dalam perkara kebaikan, kebajikan & taqwa. Firman Allah :
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa