11/07/11

Filled Under:

Sunnah : Cincin Rasullullah S.A.W

Baginda Rasulullah s.a.w memang pernah memakai cincin yang dibuat daripada perak dan ianya mempunyai cop mohor yang bertulis “ MUHAMMADUR RASULULLAH “ yang digunakan untuk mengecop surat-surat rasmi Kerajaan Islam di bawah pimpinan Baginda Rasulullah s.a.w ketika itu .

Satu lagi bentuk cicin Rasullullah s.a.w :


Drp Saidina Anas r.a dia berkata : “ Sesungguhnya cincin Baginda Nabi s.a.w itu dibuat daripada perak dan batunya berwarna habasyi”
~ Hadist diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud rh 
{ Sila rujuk ‘AUNUL MA’ABUD SYARH SUNAN AL-IMAM ABU DAUD ( RH )
Oleh : Al-Imam Al-Muhaddist Abu Taiyyib Muhd Syamsul Haq al-‘Azim Abadi ( rh ) , 
Jilid ke-11 , ms 213 .Terbitan : Darul Fikr, Beirut 1995 } .


  Namum haram hukumnya bagi lelaki memakai perhiasan (termasuk Cicin) daripada EMAS


 Jari mana nak pakai cincin?


Hadith daripada Anas bin Malek :


“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)
Hadith Riwayat Muslim

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w. Kepada Saidina Ali K.W sesudah bernikah dengan Siti Fatimah R.A anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata:
Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.
Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai 



Hukum Memakai Cincin Suasa Bagi Lelaki.


Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.


Ini pula pendapat "Mufti Johor"

Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.

3. Fatwa Daripada Kerajaan Brunei Darussalam

#Barang-barang kemas daripada emas suasa#

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu.


Pendapat yang kata Halal

Menurut kenyataan dan perakuan daripada tukang-tukang emas beragama Islam yang ada kepercayaan dan mempunyai pengalaman dan pengetahuan terhadap jenis-jenis logam yang diperbuat hiasan adalah suasa itu sejenis logam yang diadun dari berbagai-bagai logam menurut kadar dan peratus yang tertentu iaitu:

1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%

Logam ini setelah diadun dan dicampur dengan cara-cara yang tertentu akan beroleh menjadi sejenis logam yang dikenali sekarang ini sebagai suasa dan suasa ini menurut perakuan dari tukang-tukang emas tersebut apabila dilebur kali pertama maka unsur-unsur emas di dalamnya tiada dapat dikesan lagi dan apabila dilebur pada kali kedua akan berubah menjadi tembaga.

Menurut pendapat fuqaha’ adalah halal bagi lelaki memakai cincin daripada logam yang " مموه" iaitu yang bersadur atau bercampur dengan emas yang sekiranya dileburkan emas itu tiada dapat dikesan lagi dan jika dapat dikesan halal bagi orang-orang perempuan sahaja iaitu tertentu pada barang-barang hiasan mereka tiada pada barang-barang lain, walaubagaimana pun perbuatan menyadur atau mencampur itu adalah haram sekalipun bagi perhiasan-hiasan perempuan kerana terdapat padanya pembaziran.

Rujuk nas Tuhfah Muhtaj Bi Syarh Al-Manhaj juzuk 1 hlmn 122.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah