Aku sanggup berjaga hingga pukul 3 pagi semata-mata nak buat entry nie. Ini semua kerana nak menghargai jasa baik rakan2 blogger sekelian, yang tak jemu2 berkunjung ke v12gether blog yang tak seberapa nie. Yang terutama aku ingin ucapkan jutaan terima kasih adalah c2u, abg teror, ammboi, mama aini, tak lupa jugak cik jijah, cik yana dan semua yang x jemu ber"blogwalking" ke sini....
Setelah hampir 8 bulan aku hidupkan blog nie, baru hari aku mendapat 1000 followers, walaupon tidak setanding blogger2 otai yang lain, namum ia ckup bermakna buat blogger picisan macam aku. Terima Kasih diucapkan follower aku yang ke-1000 iaitu Miji Rashid, namum sayang aku xdpt pastikan samaada dia nie ada blog ataupon tak, lau ada leh contact aku, nanti aku leh wat review pasal blog kau.
Selain followers, yang lebih manis dalam dunia blogging ini ialah pabila blog kita diiktiraf ataupon mendapat Page Rank. Buat pengetahuan korang blog aku sekarang mendapat Page Rank 2. Walaupon cuma 2 jer daripada 10, ia sudah sudah untuk memuaskan hati aku ni, sebab blog aku nie tak de hebat mana pon, hanya sekadar ruang aku untuk berkongsi info dan ilmu dengan dunia.
Untuk ranking Alexa pula blog aku nie mendapat ranking ke- 185,691 untuk Global Ranking, dan di tangga 987 untuk Ranking di Malaysia. Syukur2....nie yang menambahkan lagi semangat aku untuk terus berblogging...Teruskan sokongan anda!!!
p/s: untuk sebulan dua nie...sebenarnya aku terpaksa slow down skit dalam dunia blogging...sebab laptop aku yang menjadi nadi kepada blog telah kena curi...jadi kepada semua yang rajin buat Blogwalking tue...harap maaf la yer kalau aku xsempat nak balas jejak korang...